Siapa Yang Berubah?

1206

Oleh Ahmad Amzad Hashim

Datuk Paduka Husam bertanya saya sama ada PAS yang berubah atau dia yg berubah.

Dia masih mengungkit cerita cerita kerajaan perpaduan UMNO-PAS yang langsung tak pernah dapat dibuktikan kebenarannya.

Yang sedang berulangkali meratib UG ini adalah dari kalangan kelompok mereka sendiri.

Soalan ini sebenarnya telahpun ditanya terus oleh ahli ahli PAS di seluruh negara terus kepada Presiden PAS, DS TGHH yang telah pusing satu negara melalui program program munaqashah ucapan dasar peringkat negeri negeri. Ia berlaku hampir di kesemua negeri. Kepimpinan di peringkat negeri negeri telah mengambil kesempatan meminta penjelasan isu UG ini kerana ramai yg gelisah oleh propaganda kelompok seperti Husam.

Dan dengan konsisten dijawab oleh DS TGHH dengan kenyataan tegas menolak kerjasama politik dengan UMNO.

Tiada UG!

Jawapan ini bukan di satu tempat. Tapi hampir ke semua negeri yang dikunjungi.

Rakamanpun banyak sebahagian boleh diikuti di alam maya seperti melalui you tube.

Media rasmi PAS sudah terlalu banyak kali siarkan pendirian PAS ini. Juga diperkukuhkan oleh kenyataan Timbalan Presiden Dato’ TITM.

Bukan sahaja ahli PAS, soalan ini wartawanpun sangat suka bertanya. Apa jawapan DS TGHH?

Sama saja. Tak berubah.

Versi cerita UG ini cuma dijaja oleh kumpulan yang gagal mendapat kepercayaan 80% akar umbi PAS dalam muktamar lalu dengan dibantu media yang satu kapal dengan mereka.

Sampai saat ini belum ada satu buktipun yang menyokong dakwaan Husam berbanding puluhan kenyataan rasmi PAS dan rakaman video jawapan Presiden PAS sendiri.

Bila saya kata sebelum ini Husam tidak pernah begitu sekali menyerang Kerajaan PAS Kelantan melainkan selepas tidak dilantik menjadi Menteri Besar malah direstui oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz supaya tidak jadi exco, ini bukan dakwaan tetapi menjadi perhatian ramai.

Ada laporannya di dalam media. Ada yang merakamnya. Melalui FB Husam sendiripun berterusan cuba menimbulkan keraguan kepada PAS. Ia sudah jadi pengetahuan umum yang Husam sudah berubah jadi begitu sekali.

Prinsip PAS tak berubah. Dulu Almarhum Tok Guru Nik Aziz tegas dalam isu perjuangan Islam, hudud hatta dalam menolak Husam pun.

Kini DS TGHH dan Mursyidul Am Dato Dr Harun Din membawa ketegasan yang sama.

Yang berubah adalah Husam dan bukan PAS.

Memang betul ada perubahan tertentu dalam PAS. Dulu PAS banyak beri ruang kepada suasana haru biru dalam kepimpinan sehingga melemahkan parti.

Hari ini kepimpinan PAS dilihat bersatu dan saling mendokong matlamat perjuangan, tidak caca marba dan tidak lagi dilihat diperalatkan oleh sesiapa.

Perubahan ini mendorong keyakinan ramai kepada PAS diterjemahkan dalam kajian keyakinan awam terhadap DS TGHH dan Bersih 4, sambutan terhadap program program PAS, keputusan PRK Rompin dibandingkan Permatang Pauh dan juga jumlah luar biasa permohonan keahlian PAS yang diterima sekarang.