Tentera AS melancarkan beberapa siri serangan terhadap Venezuela awal pagi Sabtu, dilaporkan telah menangkap Presiden Nicolas Maduro dan menerbangkannya keluar dari negara itu.
Naib Presiden Venezuela Delcy Rodriguez, yang berucap di sebuah stesen televisyen milik kerajaan, berkata keberadaan Maduro dan isterinya tidak diketahui, meminta bukti bahawa mereka masih hidup.
Tindakan ketenteraan A.S. terhadap negara Amerika Selatan itu telah mendapat kecaman antarabangsa yang meluas, dengan pelbagai negara menyeru tindak balas global yang diselaraskan.
Pada awal pagi Sabtu, pesawat terbang rendah dikesan, dan kepulan asap dilihat susulan bunyi letupan kuat di ibu negara Venezuela.
Gambar dan video yang tersebar di media sosial menunjukkan asap naik dari pelbagai lokasi di ibu negara, dengan penduduk dilihat melarikan diri di jalanan.
Laporan mengatakan gangguan bekalan elektrik seketika berlaku di beberapa kawasan, termasuk pangkalan tentera di Caracas.
Beberapa jam selepas kejadian itu, Donald Trump dilaporkan mengarahkan serangan itu dan telah disahkan oleh pegawai AS.
Susulan serangan itu, Venezuela mengutuk kejadian itu sebagai “pencerobohan ketenteraan” oleh Amerika Syarikat.
Caracas berkata bahawa serangan itu turut menyasarkan orang awam sekurang-kurangnya empat weilayah termasuk Caracas, Miranda, Aragua dan La Guaira.
Delcy Rodriguez, menambah tindakan AS itu secara terang-terangan melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sehubungan itu, Presiden Colombia Gustavo Petro menyeru mesyuarat segera Pertubuhan Negara-negara Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai serangan di Venezuela.
Manakala Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel mengutuk apa yang digambarkannya sebagai serangan jenayah AS terhadap Venezuela, menuntut tindak balas segera daripada komuniti antarabangsa.


Beliau berkata bahawa rantau Amerika Latin sedang diserang secara kejam.
“ini adalah keganasan negara terhadap rakyat Venezuela yang berani ,” kata Miguel Diaz-Canel.
Sementara itu, Kementerian Luar Rusia berkata bahawa Amerika Syarikat telah melakukan “tindakan pencerobohan bersenjata” terhadap Venezuela, yang menyebabkan kebimbangan dan kecaman yang mendalam.
Timbalan Speaker Majlis Persekutuan Rusia Konstantin Kosachev berkata, operasi ketenteraan AS terhadap Venezuela tidak mempunyai asas yang sah kerana negara Amerika Selatan itu tidak menimbulkan ancaman kepada AS.
Kosachev menekankan bahawa aturan antarabangsa harus berdasarkan undang-undang antarabangsa dan bukannya peraturan yang dikenakan oleh negara individu.
“undang-undang antarabangsa telah dilanggar dengan jelas,” karanya sambil menambah bahawa “perintah yang diwujudkan dengan cara ini tidak boleh diguna pakai.”
Kosachev juga berkata beliau percaya bahawa kebanyakan negara akan menjauhkan diri mereka daripada serangan ke atas Venezuela dan mengutuknya.
Kementerian Luar Iran Turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera AS terhadap Venezuela sebagai “pelanggaran terang-terangan” terhadap kedaulatan negara dan integriti wilayah negara Amerika Latin itu.
“serangan tentera AS terhadap Venezuela adalah tindakan pencerobohan dan pelanggaran jelas terhadap prinsip asas
“Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa, yang melarang penggunaan kekerasan terhadap negara berdaulat.” kata Kementerian Luar Iran dalam satu kenyataan media.
“Kami Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta semua kerajaan yang mengambil berat tentang kedaulatan undang-undang dan keamanan dan keselamatan antarabangsa untuk segera dan secara eksplisit mengutuk serangan AS.” tambah kenyataan itu.
Kementerian Luar Sepanyol pada hari Sabtu juga berkata bahawa Sepanyol menyeru penurunan serta kesederhanaan dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa di Venezuela.





























