Oleh : DMS
SETIU – Selain muara sungai Merchang dan Sungai Dungun yang bermasalah, nelayan dan pengusaha bot pelancongan juga semakin sukar untuk keluar mencari rezeki, kerana muara Sungai Merang yang semakin cetek.
Mohamad Sulaiman, 59, kesal kerana beliau terpaksa menjual bot kayunya dan terpaksa membeli sampan kerana masalah muka kuala sungai itu.
Beliau mendakwa kerja-kerja mendalamkan sungai itu tidak berjaya bahkan tidak memberikan kesan langsung.
“kuala (Merang) air tohor (cetek) saya sampai jual bot kayu sebab tak boleh keluar (menangkap ikan)…….jual bot kayu dan beli sampan untuk saya ke laut,


”yang mana orang korek, pihak kerajaan korek (kuala itu tetapi) tak menjadi, tak memberi kesan ‘sikit habuk (langsung) buat masa sekarang,” ujarnya.
Sekiranya masalah tersebut berterus, beliau tidak pasti tentang masa depannya dan tidak tahu apa jenis pekerjaan yang boleh beliau lakukan.
Katanya, walaupun sekarang menggunakan bot kaca gentian yang kecil, beliau terpaksa turun ke dalam sungai dan menolak perahunya, agar dapat masuk ke muka kuala.
Rakan sekerja beliau, Hazlin Mohamad menjelaskan, keadaan muka kuala yang sempit lebih membahayakan, terutama ketika air surut.


“masalah ni jadi susah kita orang kampung (nelayan) nak keluar masuk, orang pelancong pun bermasaalah, masalah sokmo,” jelasnya.
Katanya, walaupun kerja mengorek pasir yang dibuat oleh syarikat T-Titian Nerus Sdn.Bhd, namun masih gagal mendalam sungai itu.
Bahkan, beliau dan rakan-rakanya menyifatkan, syarikat terbabit hanya ‘menipu’ rakyat.
“Titian Nerus ni, tipu-tipu terus rakyat kampung Merang kita ni.
Hazlin juga menegaskan projek yang didakwa menelan belanja dekat sejuta ringgit itu ada terlalu mahal berbanding usaha yang pernah dibuat penduduk kampung bagi mendalamkan muara tersebut.
“projek (korek pasir kalau RM1 juta) mahal…….sedangkan orang kampung buat dulu tak mahal mana…boleh tembuh (lalu),
”Sekarang ni bunyi kata dekat sejuta lebih (RM) tak boleh pakai langsung pasir koho (betambah) banyak ada,” katanya lagi.


Manakala seorang pengusaha bot pelancong, Nasoha Mat Yasin, 46, berkata, masalah yang sama menyukarkan beliau untuk mengangkut pelanggannya ke Pulau Redang dan destinasi lain.
“ada masanya pelancong terpaksa dibawa dengan bot kecil dan dipindahkan ke bot lain selepas melalui muara,
”kami terpaksa tolak bot melalui muara ini…….bayangkanlah,” kata beliau.
Sementara itu, seorang lagi nelayan, Abd Rahim Abdullah, 38, berkata, beliau terpaksa meletakkan bot nelayannya di Pulau Duyong di sebabkan keadaan laluan muara di Merang yang tidak boleh keluar dan masuk untuk aktiviti menangkap ikan.
Berita berkait;
Muara Cetek Ancam Nyawa Nelayan
Masalah Muara Sungai Mercang; Nelayan Masih Tidak Boleh Mencari Rezeki