Sasar 69 Pingat Emas, Rampas Kejuaraan

1789

KUALA NERUS – Kontinjen negeri Terengganu menyasarkan kutipan 69 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-12 yang akan berlangsung di Perak pada September nanti, sekaligus merampas kembali kejuaraan yang pernah dijulangi sebelum ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, sasaran itu bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai berdasarkan kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan semua para atlet.

Beliau berkata, antara acara sukan yang diletakkan pungutan pingat terbanyak kali ini adalah berbasikal, judo, memanah dan beberapa acara lain.

“69 pingat emas jadi sasaran kita daripada semua acara yang disertai pada kejohanan tahun ini.

“Penyusunan yang dibuat oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) sejak awal lagi kita percaya mampu tepati sasaran yang dibuat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Kontinjen Sukma Terengganu Menjelang 100 Hari Sukma 2018 Perak di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, di sini, Ahad 3 Mei.

Hadir sama, Ketua Kontinjen Sukma 2018, Samiun Salleh, Timbalan Ketua Kontinjen Sukma 2018, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil dan Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu

Ustaz Hishamuddin yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu menjelaskan, rekod kejayaan cemerlang Terengganu sebagai juara keseluruhan sebanyak empat kali berturut-turut, membuktikan kehebatan para atletnya.

Bahkan kata beliau , pentadbiran Terengganu baharu dibawah PAS kini menyokong penuh bidang sukan yang menjadi salah satu kebanggaan rakyat negeri ini.

“secara peribadi saya juga akan bermukim di Perak sepanjang SUKMA akan datang (begitu juga)

“wakil-wakil rakyat Terengganu akan turun padang bersama untuk memberikan sokongan kepada atlet yang bertanding,” tambahnya.