Sarung Tangan Save Gaza Milik Azizul Hasni Awang Akan Dilelong

3528

Sarung tangan bertulis ‘SAVE GAZA’ yang menggemparkan Sukan Komanwel 2014, milik pelumba basikal Azizul Hasni akan dilelong dalam majlis makan malam amal Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM).

save gaza azizul hasni1Beliau yang berumur 29 tahun adalah anak kelahiran Dungun, Terengganu, yang menunjukkan keberaniannya memakai sarung tangan tersebut dalam temasya sukan antarabangsa dim Glasgow, UK, pada 24 Julai 2014.

Katanya, beliau memakai sarung tangan itu ketika pusingan separuh akhir acara Keirin sebagai bantahan pembunuhan umat Islam di Gaza pada bulan Ramadhan tahun tersebut dengan jumlah kematian meningkat kepada 800 orang pada masa itu.

maza4Bagaimanapun tindakannya itu telah diberi amaran oleh Persekutuan Sukan Komanwel yang tidak mahu sukan itu dimasukkan unsur politik dan memberitahu mereka akan menghubungi ketua delegasi Malaysia untuk membincangkan kejadian itu.

Namun begitu, tiada sebarang tindakan diambil apabila Azizul secara terpaksa, telah memohon maaf atas kejadian itu.

Sehubungan itu, menurut laman web Persatuan Perubatan Islam Malaysia, wang yang bakal diperolehi dari lelongan sarung tangan ‘SAVE GAZA’ itu akan didermakan 100% untuk Gaza.

Lelongan secara atas talian dibuka sehingga makan malam yang diadakan di sebuah hotel di Pulau Pinang pada 1hb Oktober depan.