Saluran 1 (Satu)……

1948

Oleh : Wan Sukairi Wan Abdullah

Pagi ini saya hantar anak yang menuntut di UMT di rumah sewanya berhampiran dengan Masjid Kg Tok Jembal. Sedang saya mengundurkan kereta, kelihatan seorang wanita lanjut usia sekitar 80-an menuju ke arah kereta. Berkain batik, berbaju kurung singkat dengan tuala good morning di atas kepalanya, saya memberhentikan kereta sambil menurunkan cermin tingkap kereta dan memberi Salam kepada nenek ini.

“Mari mmana lagi,” soal nenek tadi sambil membetulkan tuala putih atas kepalanya.

“Ator anak tok,” jawab isteri saya yang kebetulan ikut sekali.

“Doh, duduk mmana ni,” soal dia lagi.

“Duk Gong Benjok Tok,” jawab isteri .

“Doh kerja apa ni,” tanya Nenek tadi sambil mukanya memandang saya.

“Saya kerja dengan Parti PAS Tok,” jawab saya cuba meninjau market seperti biasa.

Tiba tiba Nenek itu terdiam beberapa saat, sambil melihat lihat kereta saya. Nenek itu berkata selepas beberapa ketika ,

“Kerja dengan Parti PAS tu ke ? Yaa dokk ni,” ? Soal Nenek itu seperti tidak percaya dengan jawapan terus terang saya itu.

“Sungguh Tok, saya kerja dengan Parti PAS,” jawab saya dengan bersungguh.

Nenek itu diam lagi beberapa saat, seperti tidak percaya dengan jawapan saya itu.

“Tok kekgi mari pilihanraya Tok Undi PAS dehh….” saya cuba pancing.

Sambil menggeleng kepala dan menggangkat tangan kanannya kekiri dan kekanan tanda tidak, beliau memberi isyarat dengan kepalanya ke arah dinding rumahnya yang berada betul betul di hadapan rumah sewa anak saya. Saya lihat poster saiz A4 berlambang dacing BN tertampal di rumahnya. Lalu saya senyum.

“Dok apalah Tok, biar rumah Tok penuh poster BN pun, Ngundi kekgi Tok pakoh PAS deh,” kempen saya lagi.

“Dok boleh, Tok terima bantuan dari Kerajaan Awang weehhh, mana boleh sokong PAS, Tok Ngundi BN sokmoo,” jawab Nenek tadi beria-ia.

“Dok apalah Tok, Pitis bantuan tu hok Kerajaan, bukan hoK UMNO Tok, tu semua pitis rakyat Tok, termasuk pitis saya jugok'” jawab saya lagi.

“Tok Pakoh bulan terik ning deh Tok'” rayu saya lagi.

“Dok boleh awang, Tok sokong UMNO,” jawab nenek tadi berulang kali.

“Llening Tok, orang pakat Undi PAS belaka doh Tok, Orang cerdik panda, Orang Bandar , Orang muda semua pakat Undi PAS belaka doh Tok,” Kata saya lagi.

Nenek tadi terdiam bila saya kata begitu.

“Doh, dok apa deh Tok, saya gi dulu, saya nok gi Jjabat PAS pulop ni,” kata saya sambil minta izin untuk berlalu.

“Ya lahh…..mari jjalang pulop deh drumoh,” jawab nenek itu.

Begitulah keadaan masyarakat Kampung yang jauh dari maklumat sebenar. Mereka hanya dapat berita melalui sumber berita TV dan Radio. Bantuan dari kerajaan itu dianggapnya dari UMNO.

Sebagai petugas kempen, kita perlu sentiasa dampingi orang seperti nenek ini, tunjukkan akhlak Islam yang baik kepadanya. Tawan hatinya insyaallah dia akan bersama kita. Tidak perlu berhujjah panjang. Hidayah itu milik Allah swt. Kita hanya berusaha.

Insyaallah saya akan ziarah lagi nenek ini walau dia dari Saluran 1 (SATU) yang diibaratkan seperti Kopi O Pekat.