Oleh : Ahmad Faizal Al-Medaniey
MARANG – Ringgit Malaysia Tujuh Ratus berjaya dibawa pulang oleh pasukan Rusila B dalam kejohanan tertutup Futsal Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang 2016.
Kejohanan tersebut telah dianjurkan Penyelaras Pemuda PAS DUN Rhu Rendang dengan kerjasama Dewan Tok Guru,Rusila bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia.


Ketua Pemuda PAS DUN Rhu Rendang, Aswadi Mohamad berkata tujuan diadakan secara tertutup adalah bagi mensasarkan pasukan tempatan.Beliau berkata demikian ketika ditemui di kejohanan tersebut.
“Dianjurkan secara tertutup melibatkan jemputan kepada cawangan, kejohanan ini mensasarkan penyertaan yang lebih bersifat tempatan, iaitu peserta-peserta yang datang dari DUN Rhu Rendang sendiri”.
Tambah beliau, “Ini merupakan objektif utama kaedah penganjuran kejohanan ini dilaksanakan kali ini supaya ada penerusan dan kelangsungan program dan aktiviti di masa hadapan, dan juga bagi mewakili DUN ke piala Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang Oktober nanti”.


Bagi Pengarah kejohanan,Khairul Nizam beliau amat berpuas hati dengan penganjuran kali ini dengan sokongan pelbagai pihak.
“Secara keseluruhannya penganjuran kejohanan pada tahun ini berjaya dilaksanakan dengan sokongan padu pelbagai pihak. Usaha-usaha kelangsungan program untuk para pemuda, belia dan remaja di DUN Rhu Rendang khususnya akan dipergiatkan lagi pada masa akan datang”.
“Bukan sekadar dalam kegiatan sukan, bahkan lebih lagi daripada itu. Kerana Islam Memimpin Perubahan, justeru para pemuda, belia dan remaja ini perlu terus dibimbing supaya akhirnya Islam dapat menguasai segala aspek hidup masyarakat, Insya-Allah,”katanya dengan penuh keyakinan.


Hadiah kemenangan disampaikan oleh Ismail Sepia mewakili Department Arts & Culture (DACS) dewan Pemuda PAS Kawasan Marang.




























