Oleh : Khairul Nizam Abdullah
KEMAMAN – Rojak Kateh adalah menu paling istimewa orang Terengganu setiap tahun apabila musim ibadat korban kerana berlaku lambakan kaki lembu atau kerbau juga lidah sebagai bahan utama membuat rojak kateh.
Seorang penggemar makanan tadisi rakyat Terengganu itu, Khalid berkata,
walaupun cara membuatnya mungkin sedikit rumit dan mengambil masa, namun ianya berbaloi jika dapat dinikmati kesedapannya bersama ahli keluarga.
“Kaki lembu perlu dibersihkan terlebih dahulu dan bakar kaki lembu itu untuk hilangkan bulu. Kikis bahagian yang telah dibakar, buang kuku dan tinggalkan isinya sahaja,
“Kita tak guna tulang, hanya ambil kulit, isi dan uratnya sahaja. Pastikan semuanya bersih, bulu dan bekas arang semua harus dibersihkan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam status terbaru facebooknya hari ini, Ahad, 3 September, disini.
Menurutnya, rebus isi tadi di dalam periuk berisi air secukupnya dengan api sederhana besar. Rebus sehingga lembut dan air hampir kering.
“Tumis cili giling dan larutkan nisan kerek Terengganu . Kemudian masukkan semua bahan dan diakhiri dengan kaki lembu dan lidah lembu,
“Maka, siaplah rojak kateh kita dan jika ingin membeli yang telah siap bolehlah ke Pasar Batu Enam, Pasar Kedai Payang atau pasar-pasar utama di seluruh negeri,” kata beliau.