RMM; Tambahan Hanya 69,000 Unit Sahaja Sepanjang 33 Bulan Pentadbiran Anwar?

224

KUALA TERENGGANU – Pertambahan hanya sebanyak 69,000 Unit Sahaja Rumah Mampu Milik (RMM) sepanjang 33 bulan pentadbiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim sejak mengambil alih pentadbiran negara.

Mengikut Kajian Separuh Penggal RMK-12, sebanyak hampir 110,000 unit rumah mampu milik telah siap dibina dalam tempoh 2021–2022 iaitu di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebaliknya, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, menurut angka dalam RMK-13, hanya sekitar 179,000 unit rumah mampu milik siap sehingga Mac 2025.

“Malangnya, peraturan Dewan tidak membenarkan saya menyoal balas Perdana Menteri untuk mendapatkan penjelasan lanjut.” kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu.

Selain itu katanya, beliau turut membangkitkan persoalan berkaitan Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar (PSB).

Kata beliau, rumah mampu milik lazimnya mempunyai jangka hayat minimum 70 tahun sebagaimana diperakui jurutera dan JKR, manakala rakyat pula membelinya dengan pinjaman bank sehingga 35 tahun.

“Persoalannya, mengapa RUU PSB membolehkan rumah yang sepatutnya bertahan sekurang-kurangnya 70 tahun itu dirobohkan dan dibangunkan semula secara paksa selepas hanya 30 tahun? Dari mana datangnya angka ambang 30 tahun ini?

“Adakah kerajaan Madani mahu rakyat terus menanggung hutang rumah selama 35 tahun, tetapi rumah mereka boleh diroboh selepas 30 tahun?” soal beliau ketika dihubungi.

Justeru kata beliau, isu penting perumahan untuk rakyat dan persoalan berkait dengannya, perlu diperjelaskan secara telus dan tuntas.

“kerana ia membabitkan kepentingan rakyat dan masa depan pemilik rumah mampu milik di negara ini.” tegasnya.