Riadah Dapat Mengelakkan Maksiat

1677

Oleh :  Zul Shawal

DUNGUN – Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, riadah dapat menyihatkan tubuh disamping mengelakkan daripada melakukan maksiat.

“Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemain-pemain yang dapat menterjemahkan semangat kesukanan dan ukhwah antara satu sama lain sepanjang kejohanan ini berlangsung,

Bolasepak Pemuda Dungun4“Bermain bola sepak antara sukan yang digalakkan oleh Islam. Ini kerana jika kita beriadah hingga mengeluarkan peluh kita dapat melalaikan atau lupa daripada melakukan maksiat kepada Allah,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis penutup Kejohanan Bola Sepak 9 sepasukan Piala Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun 2016 di sini pada 22 Oktober.

Beliau turut mengucapkan tahiah buat penganjur lupa daripada melakukan maksiat berjaya mengadakan program yang dapat mengumpul pemuda daripada empat DUN dalam Parlimen Dungun.

Kejohanan tersebut yang berlangsung di Padang Bola Kampung Nyior, Paka telah menyaksikan pertarungan 33 pasukan dari seluruh Daerah Dungun, selama 2 hari bermula 21 Oktober.

Perlawanan yang berakhir petang semalam merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh DPPKD.

Bolasepak Pemuda Dungun1Ustaz Kamaruzzaman turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pasukan Din Spek Trading FC (DST FC) daripada DUN Sura berjaya menjuarai dengan mengalahkan Bukit Besi FC (BBFC) daripada DUN Bukit Besi dengan jaringan 3-2. DST FC menerima hadiah berupa wang tunai RM1,000 beserta piala dan medal.

Manakala BBFC membawa pulang wang tunai RM800 dan medal.

Tempat ketiga dan keempat dimiliki oleh Sungai Buaya FC (SBFC) daripada DUN dan Kebangkitan Anak Muda Santung FC (KAMS FC) daripada DUN Paka. SBFC membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 dan medal. Sementara KAMS FC membawa pulang wang tunai RM300 dan medal.

Bolasepak Pemuda Dungun3Pengarah program, Bari’ Asyraf Mohd Safian yang juga Ketua DACS DPPKD ketika dihubungi mengatakan, keempat-empat pasukan DST FC, BB FC, SB FC dan KAMS FC akan dipilih bagi mewakili Daerah Dungun dalam kejohanan Bola Sepak 9 Sepasukan Piala Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu 2016.

Kejohanan tersebut akan diadakan pada 4 dan 5 November 2016 bertempat di Padang Bola Akademik Bomba dan Penyelamat, Wakaf Tapai, Marang.