Ramai Keliru Dengan Pengumuman Berbilion PMX

156

KUALA TERENGGANU, — Ramai yang keliru dengan jumlah bilion-bilion ‘kononnya pembayaran royalti’ yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato” Seri Anwar Ibrahim (PMX).

Hakikatnya, tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, YB Dato’ Dr. Azman Ibrahim, Negeri Terengganu hanya menerima lebih kurang separuh sahaja dari jumlah wang Petroleum yang sepatutnya diterima.

“Kena tahu bezakan diantara pemberian wajib Kerajaan Persekutuan kepada Negeri sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian Persekutuan Malaysia seperti Marris dan Geran Perkapita.

“Berbeza dengan pemberian bagi pemberian Untuk membiayai Projek-projek Persekutuan yang dilaksanakan di negeri-negeri.” ujarnya dalam satu kenyataan media sosialnya.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Terengganu menjelaskan, kedua-dua kategori penyaluran kewangan tersebut, bukan dan tidak boleh dihimpumkan, didakwa sebagai ‘Royalti Petroleum’.

“Bayaran wang petroleum adalah menjadi hak Terengganu.

“Angka yang PMX umum dia gaul belaka ketiga-tiga jadi macam nasi kerabu.

“Campur belaka daun ulam, tauge, budu, sambal, nyior, nasi, kerepok, ayam bakar dan lain-lain supaya nampak banyak.” jelas beliau.