Putera Saudi Didakwa Menyeludup Dadah

1460

Pihak Berkuasa Lubnan telah mendakwa seorang putera Arab dan sembilan orang lain dengan tuduhan pengedaran dadah, seminggu selepas mereka ditahan dengan rampasan dadah terbesar di negara itu, di lapangan terbang Beirut.

saudi-prince-abdel-mohsen-bin-walid-bin-abdulaziz-al-saudPutera Saudi itu, Abdel Mohsen Bin Walid Bin Abdulaziz dan empat warga Arab Saudi yang lain ditahan di lapangan terbang pada 27 Oktober, selepas hampir dua tan kapsul ‘Captagon’ dan kokain ditemui sedang menunggu untuk dimuatkan ke dalam jet peribadi mereka.

“[Pendakwa Raya] telah mendakwa 10 orang, termasuk lima individu yang ditahan, seorang putera Saudi dan warga Arab dengan penyeludupan dan menjual dadah ‘Captagon’ itu,” kata sumber kehakiman, semalam.

Lima individu yang masih bebas telah dimasukkan dalam pertuduhan, terdiri dari tiga warga Lubnan dan dua warga Arab Saudi, kata sumber itu.

Pada bulan April 2014, pasukan keselamatan Lubnan telah mematahkan cubaan menyeludup 15 juta kapsul Captagon tersembunyi dalam kontena penghantaran jagung dari pelabuhan Beirut.

Mea_A321_OD-RMI_at_Beirut_airportCaptagon adalah jenama untuk’phenethylline amphetamine’, sejenis dadah perangsang sintetik.

Ubat yang diharamkan itu dilaporkan, telah digunakan secara meluas oleh pejuang di Syria untuk membantu mereka terus berjuang, sering dalam misi malam atau semasa pertempuran panjang yang melelahkan.

Dadah ini mula dihasilkan pada 1960-an untuk merawat hiperaktif, ‘narcolepsy’, dan kemurungan, tetapi telah diharamkan di kebanyakan negara pada 1980-an kerana ia adalah menyebabkan penggunanya terlalu ketagihan.

Pada tahun 2013, Pejabat PBB mengenai Dadah dan Jenayah berkata 64 peratus rampasan dadah dunia jenis amphetamine berlaku di Timur Tengah, dan kebanyakan amphetamine adalah dalam bentuk pil Captagon.