Polis Israel Halang Wanita Dan Kanak-kanak Memasuki al-Aqsa

1845

Polis Israel pada hari Selasa menyekat puluhan wanita Palestin dan kanak-kanak dari memasuki Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur.

aqsa1Menurut saksi polis Israel telah membuat sekatan menghadang di pintu masuk masjid dan menghalang beberapa orang wanita dan kanak-kanak daripada memasukinya.

“Beberapa daripada kanak-kanak menangis ketakutan selepas polis Israel mengejar mereka berhampiran pintu Al-Asbat perkarangan masjid.”kata saksi tersebut.

Ketegangan telah berlaku di Al-Aqsa sejak pagi Selasa, apabila polis Israel membenarkan puluhan pelampau pendatang Yahudi untuk memasuki kompleks masjid.

Muslim worshippers run as tear gas fired by Israeli policemen rises during clashes with stone-throwing Palestinian protesters in Jerusalem's Old CityBagi umat Islam, Al-Aqsa merupakan tapak ketiga paling suci di dunia.

Sementara bagi sebahagian Yahudi, merujuk kepada kawasan itu sebagai “Temple Mount,” mendakwa ia merupakan tapak dua kuil Yahudi pada zaman purba.

Dalam tempoh dua tahun yang lalu, kumpulan pelampau Yahudi yang sering diiringi oleh pasukan keselamatan Israel telah telah berkali-kali menceroboh masuk ke kawasan masjid.

Pelanggaran yang kerap menjadi kemarahan umat Islam Palestin dan kadang-kadang membawa kepada konfrontasi ganas.

Pada bulan September 2000, lawatan ke Al-Aqsa oleh ahli politik kontroversi Israel, Ariel Sharon mencetuskan apa yang kemudiannya dikenali sebagai Intifada Kedua, kebangkitan rakyat Palestin menentang penjajahan dekad panjang Israel.