Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional telah diadakan pada hari ini jam 3.00 petang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
2. Mesyuarat dihadiri oleh semua ahli-ahli Majlis Tertinggi PN, termasuk empat Presiden Parti-parti Anggota iaitu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (Presiden BERSATU), Tan Sri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Datuk Dr. Dominic Lau (Presiden Gerakan) dan P.Punithan (Presiden MIPP).
3. Agenda mesyuarat yang utama adalah untuk meluluskan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin selaku Pengerusi PN berkuatkuasa mulai 1 Januari 2026 dan melantik Pengerusi PN yang baharu.
4. Adalah dimaklumkan mesyuarat meluluskan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin selaku Pengerusi PN berkuatkuasa mulai 1 Januari 2026.
5. Mesyuarat seterusnya dengan sebulat suara melantik YAB. Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar sebagai Pengerusi PN yang baharu berkuat kuasa serta merta.
6. Perkara-perkara lain akan dibawa untuk dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang akan datang.
TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN (PRESIDEN BERSATU)
TAN SRI ABDUL HADI AWANG (PRESIDEN PAS)
DATUK DR. DOMINIC LAU (PRESIDEN GERAKAN)
P. PUNITHAN (PRESIDEN MIPP)
Bertarikh: 22 Februari 2026




























