Pesanan Buat Pengundi N.01 Pengkalan Kubor Daripada Mursyidul Am PAS

550

Assalamualaikum warahmatullah
A’uzubillahi minassyaitanirrajim
Bismillahirrahmanirrahim

“Kami menurunkan dari langit kepadamu wahai Muhammad, Zikir iaitu Al-Quran dengan tujuan supaya kamu terangkan kepada mereka benda apa yang diturunkan kepada mereka.

Para pendengar yang dihormati.

Kita berdepan dengan Pilihanraya Kecil di Pengkalan Kubor. Sebelum daripada gerakan Islam timbul di dunia ini, di zaman-zaman akhir ini, kita orang Islam tidak peduli kepada politik sedangkan politik adalah urusan Nabi Muhamad. Nabi Muhammad apabila sampai ke Madinah oleh sebab tekanan yang dibuat oleh kenalan di Mekah. Apabila sampai ke Madinah, orang ramai kerumun beginda dan mereka mendengar, menerima arahan dan sebagainya apa yang disampaikan oleh baginda kerana mereka sedar apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad, walaupn dia miskin, yatim piatu dan sebagainya, namun beliau adalah nabi. Zaman dahulu, sebelum Nabi Muhamamd lahir, Nabi Isa dah lahir, Nabi Musa dah lahir, Nabi Ibrahim dah lahir.

Tuan-tuan ingat, apabila Nabi Muhammad lahir, orang Mekah berkerumun mendapatkannya, daripada berbagai-bagai bangsa, bahasa dan budaya. Kerumun kerana kata-kata Nabi Muhamamd adalah tafsir bagi Quran.

“Hei Muhammad, Quran diturunkan dengan tujuan kamu terangkannya kepada manusia akan kandungannya. Maka 10 tahun Nabi kita berada di Madinah, Nabi kita menjadi Perdana Menteri dalam semua urusan hidup; aqidahnya, ibadatnya, politiknya, rumahtangganya, ekonominya, dalam negerinya, luar negerinya, perangnya, damainya, semua kita dapat baca semua ini dalam hadith nabi dan kitab-kitab sirah.

Semua ini boleh menjadi perkara penting bagi gerakan Islam di seluruh dunia.

Di Malaysia ada PAS, di Mesir ada Ikhwanul Muslimin, di India ada Jamiatul Muslimin, di Turki ada Mille dan sebagainya. Semua ini manusia buat dengan penuh tanggungjawab sebagai tugas hidup mereka di dunia. Apabila masuk di dalam kubur, segala gerak geri kita akan menjadi teman kita di dalam kubur.

Di antara doa-doa yang diajarkan oleh Jibril kepada Nabi;

“Ya Allah, tolong temankan aku tika aku keseorangan di dalam kubur.”

Ketika kita bersendirian di dalam kubur, harta benda di dunia, pangkat (Dato, Tok Guru, Cik), semua tinggal di atas dunia. Kecuali segala perbuatan yang kita buat di dunia ini selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w.

Dalam tiap-tiap sembahyang, kita menyebut inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati. “Sesungguhnya sembahyangku, haji aku, hidup mati aku (hidup mati aku dipanggil aktiviti hidup), semua ini untukmu ya Allah.”

Kesimpulannya, pilihanraya tidak kira pilihanraya kecil ataupun besar, menjadi tanggungjawab kita tidak tidak kira kita ini Melayu ke, Cina Muslim ke, India Muslim ke, asal muslim, kita bertanggungjawab kepada Allah, supaya gerak geri kita kerana Allah. Bukan kerana bangsa melayu, bukan kerana tanah air, negeri ,ataupun bendera tetapi keran Allah.

Dalam surah Yasin, “Sesungguhnya Kami, Kami, Kami (tiga kali Allah ulang) kami akan menghidupkan semua orang yang mati. Kamu hidup sekarang ini kerana aku, bukan kerana tok bomoh, bukan kerana tok bidan kamu, tapi Aku. Maka bila kamu mati, Aku akan menghidupkan kamu balik. Dan aku tulis apa yang telah kamu buat dulu, dan kesan-kesan yang kamu tinggalkan selepas kamu mati. Apabila kamu bercakap, ada kesannya. Apabila kita buat apa sahaja dan orang lain tiru, ada kesannya. Walaupun apabila kita mati, kesan perbuatan kita, tingkahlaku kita di dunai ini Aku tulis semua.

Oleh yang demikian, kepada saudara pengundi-pengundi luar di Kelantan, diminta BALIK mengundi. Kita boleh pahala. Kita BALIK, kita boleh pahala. Yang pertama sekali perlu difikir apabila ada pilihanraya adalah BALIK. Hari mengundi hari tu, dikhabarkan waktu bekerja, itu satu masalah juga, tidak kira parti mana sekalipun, hari bekerja ini pun kena BALIK.

Saya minta benar tuan-tuan sedar bahawa kerja ini kerja ugama, bukan kerja parti, ia kerja ugama. Zaman dulu disebut ugama lain politik lain. Siapa dia ajar ugama lain politik lain? Nabi Muhammad yang hidup sepuluh tahaun di Madinah, baginda bekerja untuk melaksanakan Islam. Baginda menjadi Perdana menteri, menteri perang pun baginda, kalau ada masalah hubungan dengan luar negara pun baginda.

Di jari nabi kita ada cincin. Di cincin itu tertulis Muhammad Rasulullah yang menjadi cop kerajaan. Apa tujuan cop kalau baginda tidak berpangkat Perdana Menteri? Baginda bukan hanya Perdana Menteri di sekitar Mekah tetapi Perdana Menteri di seluruh dunia.

Selagi tidak tercapai tujuan, maka kita menyambungnya. Menyambung.. menyambung menyambung kerja Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat daripada Allah khasnya apabila kita berseorangan dalam kubur. Kita mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad SAW.

Selepas daripada azan, kita baca doa habis azan. Diakhir doa tersebut kita minta daripada Allah supaya nabi Muhammad memberi syafaat kepada kita. Satu daripada cara untuk mendapat syafaat adalah dengan kita kenal nabi, dan nabi kenal kita. Cara nak suruh nabi kenal adalah dengan buat kerja yang sama dengan nabi. Termasuk memangkah gerakan Islam. Jangan pula kita minta syafaat, tapi kita tak dapat syafaat tersebut. Ini disebabkan kita berlainan gerakan dan mengambil politik yang berbeza dengan Nabi Muhammad SAW.