Pertandingan Mengail Bukit Jejulung Meriah

1546

oleh : ammufarouq

Kemeriahan program pertandingan mengail yang diadakan pada Jumaat lalu di parit Kampung Barat sangat dirasakan.

Kehadiran masyarakat setempat dari segenap lapisan umur menambahkan kehangatan pertandingan yang dianjurkan oleh UPU Bukit Jejulung.

Penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada masyarakat setempat samada kanak-kanak hingga orang dewasa, lelaki dan wanita.

Lebih 100 orang peserta masuk bertanding bagi bersaing untuk merebut 15 hadiah kemenangan, dari tempat pertama hingga tempat ke lima belas.

Selain itu, diadakan pertandingan ‘meneka biji betik’ juga diadakan sebagai acara tambahan kepada pengunjung dan juga cabutan nombor bertuah

Tempat pertama pertandingan dimenangi oleh sdr Wan Abdul Aziz bin Wan Muda dengan nilai hadiah RM120 beserta hamper

Dalam ucapan penutup pertandingan tersebut, Pengarah MTD Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong menyeru agar masyarakat untuk hidup secara harmoni memupuk kehidupan bermasyarakat.

Beliau juga berharap agar masyarakat lebih peka dengan keadaan yang sedang berlaku dan berusaha untuk memperbaiki keadaan dengan memberi sokongan kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) agar hidup lebih terbela dengan Islam.