Oleh : Syaiful Mustafa
KUALA TERENGGANU – Presiden Persatuan Ragbi Terengganu Amir Amri Mohamad, mengucapkan tahniah diatas perlantikan YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah sebagai Exco pembangunan belia, sukan dan NGO negeri Terengganu.
Beliau berterima kasih kepada pihak Exco kerana menerima baik kunjungan kali pertama persatuan itu.
“Pihak persatuan memohon peruntukkan untuk kejohanan Piala Agong 2018 pada Oktober hingga November dan mahukan keperluan yang perlu fasiliti stadium ragbi dinaik taraf,” ujar Amir
Sehubungan itu kata Amri, Persatuan berbesar hati diatas layanan yang jujur dan ikhlas serta mesra dari pihak Ustaz Wan Sukairi.
Beliau yang juga Naib Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia berkata, pasukan ragbi wanita Terengganu beraksi cemerlang pada 2018 sehingga dinobatkan sebagai juara di Kejohanan Ragbi Naza National Seven, Melaka.
Justeru itu beliau yakin pertemuan antaranya dengan Exco tersebut, membuahkan hasil yang positif kepada persatuan dan kerajaan.
“Diharapkan pertemuan kali pertama ini memberi impak serta manfaat yang baik pada sukan ragbi,” katanya.