Perjanjian Damai; Masyarakat Islam Mindanao Suarakan Kebimbangan, Gesa Kerajaan Ikhlas

751

Pemimpin masyarakat Islam menggesa Kerajaan Filipina untuk melaksanakan Perjanjian Komprehensif di Bangsamoro (CAB) ikhlas dengan tanggapan tidak akan mengulangi peristiwa lalu.

“Kami tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama sekali lagi sebagaimana Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), tidak semua peruntukan perjanjian damai kerajaan Filipina MNLF telah dilaksanakan,” kata Ustaz Akman Abtahi, Presiden Al-Hiqma Institut Pembelajaran dan Pengerusi Purok Bangsamoro di Barangay Calumpang, Bandaraya General Santos.

Beliau berkata demikian semasa Forum dan Dailog Pemimpin Islam pada 8 April, 2014 di Universiti Mindanao State University-Gensan.dengan merujuk perjanjian lalu antara kerajaan dan MNLF.

workshope2Pada tahun 1996, MNLF yang diwakili oleh Pengerusinya Prof Nur Misuari, telah menandatangani satu perjanjian damai dengan harapan bahawa perjanjian itu akan membawa keamanan dan pembangunan di Selatan Filipina.

“Orang-orang Islam (beriman) tidak boleh dipatuk dua kali oleh ular yang sama yang datang dari lubang yang sama,”ujarnya lagi dan turut mengingatkan orang Islam dan keajaan Filipina, satu perjanjian adalah perkara mulia dan ia patut hormat serta “mesti dilaksanakan.”

Sehubungan itu, Abtahi menambah, adakah jaminan dan bagaimanakah tindakan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) MILF sekiranya perjanjian damai tersebut tidak dipatuhi.

“Apa yang akan berlaku jika perjanjian damai Bangsamoro tidak akan dilaksanakan? Saya tidak mahu meramalkan…..(tetapi) adakah terdapat jaminan bahawa draf undang-undang asas masih akan 100% utuh selepas ia akan diteliti oleh Kongres,

“Bagaimana MILF akan bertindak balas jika mereka tidak akan berpuas hati?,”soalnya dan menambah, tidak ada perubahan dalam proses ini berbanding dengan perjanjian MNLF itu

Beliau mencadangkan, terdapat wakil-wakil dari orang Islam dalam kerajaan yang mempunyai tiga cawangan, eksekutif, perundangan dan kehakiman bagi memberi keyakinan kepada orang ramai khususnya masyarakat Islam.

Katanya, keadaan sekarang ini, hanya eksekutif yang dimasukkan ke dalam perjanjian dengan Bangsamoro,” jelas beliau.

Seorang lagi pemimpin, Imam Jimmy Ubpon, Presiden Majlis Imam Bandaraya General Santos, menekankan lagi keperluan untuk mematuhi perjanjian bagi umat Islam.

Manakala Ustaz Ansar Kudanding menggesa para peserta untuk meletakkan kepercayaan kepada kepimpinan MILF yang berjuang untuk hak-hak rakyat Bangsamoro dalam proses diplomatik dan mengharapkan semua orang untuk berdoa agar perjanjian damai yang benar-benar akan membawa, merealisasikan tadbir urus Bangsamoro. – luwaran.com