Kita sedang menyaksikan perkembangan politik dunia yang luar biasa, sehingga terkeluar daripada sifat tabii manusia yang menggalakkan persaudaraan dan perdamaian dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat.
Ia dicemari dengan teori yang paling ekstrem sehingga membinasakan kehidupan. Amalan melakukan kerosakan menjadi tabiat kaum Yahudi yang paling dimurkai Allah, kini melalui ajaran Abraham yang telah diisytiharkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Agenda itu kononnya bagi mewujudkan perdamaian Asia Barat atas jenama agama Abraham dengan alasan tiga rasul bagi ketiga-tiga agama Kitabi Yahudi, Kristian dan Islam, iaitu Musa AS, ‘Isa AS dan Muhammad SAW yang berasal daripada zuriat Ibrahim AS. Perkara ini direalisasikan dalam aspek politik antarabangsa dan ia merupakan kata-kata yang benar, namun tujuannya adalah menyesatkan.
Hal ini mendedahkan betapa buta sejarah dan buta hidayah. Agenda Zionis yang bertujuan menakluk dunia yang berpusat di negara Israel melalui pendekatan yang merosakkan manusia, bersama agama Yahudi dan Nasrani yang dirosakkan aqidahnya dan berlawanan sesama mereka sendiri. Hanya Islam sahaja yang beristiqamah atas aqidah Tauhid yang menjadi pegangan para anbiya’.
Telah dinyatakan dalam tulisan-tulisan yang lalu bahawa Ibrahim AS hanya menganut Islam iaitu agama asal daripada Allah sebelum adanya agama Yahudi dan Kristian. Ibrahim AS menjadi rasul beberapa ribu tahun sebelum lahirnya bangsa Bani Isra’il, mendahului kelahiran Nabi Musa dan Nabi ‘Isa AS.
Hak mencipta agama hanya kepunyaan Allah yang bersifat ketuhanan yang Maha Esa. Firman Allah SWT:
إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ فَٱعۡبُدِ ٱللَّهَ مُخۡلِصٗا لَّهُ ٱلدِّينَ ٢ أَلَا لِلَّهِ ٱلدِّينُ ٱلۡخَالِصُۚ وَٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ مِن دُونِهِۦٓ أَوۡلِيَآءَ مَا نَعۡبُدُهُمۡ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَآ إِلَى ٱللَّهِ زُلۡفَىٰٓ إِنَّ ٱللَّهَ يَحۡكُمُ بَيۡنَهُمۡ فِي مَا هُمۡ فِيهِ يَخۡتَلِفُونَۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي مَنۡ هُوَ كَٰذِبٞ كَفَّارٞ ٣
“Sesungguhnya, Kami menurunkan kepadamu Kitab (al-Quran) dengan (membawa) kebenaran. Maka, sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. (2) Ingatlah, hanya kepunyaan Allah jua agama yang bersih (daripada syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata), ‘Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya.’ Sesungguhnya, Allah akan memutuskan antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya, Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar. (3)” [Surah al-Zumar: 2-3]
Tindakan Ahli Kitab Yahudi dan Kristian memesongkan agama masing-masing dan seterusnya mencipta agama baharu adalah sesat terkeluar daripada Kitab Allah yang sebenar. Firman Allah SWT:
وَمَا تَفَرَّقَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَةُ ٤ وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُواْ ٱلزَّكَوٰةَۚ وَذَٰلِكَ دِينُ ٱلۡقَيِّمَةِ ٥
“Dan tidaklah berpecah belah orang-orang yang didatangkan al-Kitab (kepada mereka), melainkan sesudah datang kepada mereka bukti yang nyata. (4) Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus. (5)” [Surah al-Bayyinah: 4-5]
Hanya Allah sahaja yang berhak menentukan agama kerana sifat ketuhanan-Nya yang Maha Sempurna ilmu dan kebijaksanaan-Nya, suatu perkara yang tiada bandingan dan juga tandingan.
Mereka yang menolak ketuhanan Allah Yang Maha Esa tidak layak mencipta agama. Firman Allah SWT:
أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٖ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةٗ فَمَن يَهۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ ٢٣ وَقَالُواْ مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا ٱلدُّنۡيَا نَمُوتُ وَنَحۡيَا وَمَا يُهۡلِكُنَآ إِلَّا ٱلدَّهۡرُۚ وَمَا لَهُم بِذَٰلِكَ مِنۡ عِلۡمٍۖ إِنۡ هُمۡ إِلَّا يَظُنُّونَ ٢٤
“Maka, pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya, serta Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka, siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat)? Maka, mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? (23) Dan mereka berkata, ‘Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang akan membinasakan kita selain masa,’ dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja. (24)” [Surah al-Jathiyah: 23-24]
Mereka memesongkan aqidah ketuhanan kepada Allah ke arah bertuhankan hawa nafsu. Perdamaian yang dicadangkan itu dilaksanakan gencatan senjata sebelah pihak sahaja, hanya pihak Palestin sahaja yang tidak boleh menyerang dan senjata mereka wajib dilucutkan.
Adapun Israel pula boleh menyerang bila-bila masa dan dibekalkan dengan semua jenis senjata atas nama keamanan dan keselamatan. Satu pendekatan yang nyata kezalimannya bertopengkan kalangan mereka yang tidak berjaya melindungi wajahnya yang buruk bagi melindungi jenama perdamaian dan keselamatan semata-mata buat kaum Yahudi sahaja.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mahkamah Antarabangsa serta undang-undang antarabangsa dijadikan laksana sarang labah-labah yang memerangkap serangga kecil dan bebas dirempuh oleh burung yang besar.
PBB khususnya melalui Majlis Keselamatan (UNSC) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sekadar menyatakan hukuman terhadap kesalahan Israel termasuk jenayah perang, tetapi tidak ada kuasa untuk melaksanakan hukuman.
Ibrahim AS diharamkan bersifat zalim dan juga zuriatnya yang zalim ditolak oleh Allah SWT:
۞وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٰٰهِـۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِيۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهۡدِي ٱلظَّـٰلِمِينَ ١٢٤
“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku akan menjadikanmu imam (pemimpin) bagi seluruh manusia.’ Ibrahim berkata, ‘(Dan aku memohon juga) daripada keturunanku.’ Allah berfirman, ‘Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim.’” [Surah al-Baqarah: 124]
Ibrahim AS dan semua nabi menentang kezaliman agama, politik, ekonomi dan akhlak. Sehinggakan, mereka berjuang dengan penuh pengorbanan bagi menyelamatkan manusia bersama Islam yang adil kepada semua dan menentang semua jenis kezaliman.
Ibrahim AS berjuang menentang kezaliman syirik yang menjadi ibu segala kezaliman dihukum bakar dalam api yang besar, namun diselamatkan oleh Allah dengan mukjizatnya. Kemudiannya, dihalau oleh ketua keluarganya (ayah Baginda AS sendiri) dan raja yang memerintah negara, sebelum mereka berhijrah ke negara lain (Palestin) yang dijadikan tanah suci para anbiya’ kerana menerima Islam yang sempurna.
Begitu juga semua nabi yang berjuang dan menerima nasib yang sama seperti Ibrahim AS. Semuanya telah diceritakan dalam kitab-kitab terdahulu dan diulang oleh al-Quran.
Kini, negara Israel Yahudi Zionis berlaku zalim dan dibebaskan melakukan kezaliman yang disaksikan oleh masyarakat antarabangsa sehingga dibantah oleh seluruh dunia. Semua hukuman masyarakat antarabangsa terhadap salah laku Israel melalui PBB dan lain-lain, termasuk keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) dibatalkan oleh kuasa veto, cara zalim yang diharamkan oleh Allah sebagaimana firman-Nya:
وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ١١٣
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api Neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberikan pertolongan.” [Surah Hud: 113]
Namun, selepas itu disokong oleh blok Barat termasuk negara-negara Islam di bawah pengaruhnya.
Kumpulan agama Abraham membantu Israel dalam segala aspek kezaliman politik, ekonomi, bukan sahaja ketenteraan. Ada yang berlaku secara langsung dan ada juga yang bertopengkan normalisasi.
Disebabkan manusia itu berakal dan berilmu, maka kesesatan dan kezalimannya lebih daripada binatang.
Maka, undang-undang yang dicipta lebih zalim dan sesat oleh manusia yang begitu sifatnya, sehingga lebih parah dan lebih sesat daripada binatang yang ganas. Berkonsepkan siapa yang kuat dan siapa yang paling ganas menjadi penentu kebenaran mengikut nafsu kebinatangan yang tidak boleh dikawal oleh akal. Firman Allah SWT:
وَمَثَلُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ كَمَثَلِ ٱلَّذِي يَنۡعِقُ بِمَا لَا يَسۡمَعُ إِلَّا دُعَآءٗ وَنِدَآءٗۚ صُمُّۢ بُكۡمٌ عُمۡيٞ فَهُمۡ لَا يَعۡقِلُونَ ١٧١
“Dan perumpamaan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu) adalah seperti penggembala yang memanggil binatang yang tidak mendengar (memahami) selain daripada hanya mendengar panggilan dan seruan sahaja. Mereka itulah orang-orang yang tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti (tidak menggunakan akalnya).” [Surah al-Baqarah: 171]
Bahkan, keganasannya lebih daripada binatang. Firman Allah SWT:
أَمۡ تَحۡسَبُ أَنَّ أَكۡثَرَهُمۡ يَسۡمَعُونَ أَوۡ يَعۡقِلُونَۚ إِنۡ هُمۡ إِلَّا كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ سَبِيلًا ٤٤
“Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (daripada binatang ternak itu).” [Surah al-Furqan: 44]
Bahkan, kadang-kadang kalangan binatang mempunyai sifat kasih sayang kepada anak dan kepada yang lain. Namun, manusia yang bertuhankan hawa nafsu walaupun berakal, menjadi lebih ganas daripada binatang.
Maka, sangat munasabah dengan sifat mereka mencipta perdamaian sebelah pihak sehingga sanggup melakukan keganasan lebih daripada binatang. Bahkan, mencipta senjata pemusnah yang lebih ganas daripada binatang buas.
Peristiwa ledakan bom atom yang mengerikan dalam Perang Dunia Kedua menjadi bukti, diikuti dengan peperangan ganas yang melampau terhadap negara yang menjadi mangsanya, sama ada negara Islam atau bukan Islam. Antaranya, Perang Vietnam, Afghanistan, Iraq dan terkini di Palestin khususnya di Gaza. Mereka membunuh dan merosakkan semua tanpa sempadan dan pilihan dibantu dengan segala jenis persenjataan.
Apabila mereka gagal mengalahkan musuh, lalu diadakan helah perdamaian dan gencatan senjata yang paling bodoh tanpa akal yang sihat iaitu menggunakan agama Abraham sebagai agama Dajjal bagi mengelirukan masyarakat antarabangsa, hakikatnya untuk menghalalkan segala kezaliman Zionis bertopengkan jenama Ibrahim AS. Sedangkan, Baginda AS menentang kezaliman dengan penuh pengorbanan, sehingga dihukum dengan hukuman yang paling kejam dan dihalau oleh keluarganya dan negaranya sendiri.
Allah menunjukkan contoh raja-raja yang berlagak menjadi tuhan, seperti Namrud, Firaun dan para pemimpin yang menentang para anbiya’. Kezaliman mereka yang paling melampau lebih daripada manusia yang lain.
Kini, tugas maha zalim diambil alih oleh negara Yahudi dan sekutunya apabila melakukan kezaliman dan mempertuhankan kezaliman, serta melindungi kezaliman dengan cara mempengaruhi pertubuhan antarabangsa.
Hal ini sangat berbeza dengan hukum Islam yang dianut oleh Ibrahim AS dan para anbiya’ yang diwajibkan adil kepada semua, termasuk kepada musuh ketika berperang. Firman Allah SWT:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Hendaklah kamu berlaku adil, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Surah al-Ma’idah: 8]
Inilah perjuangan para anbiya’ dan pengikutnya sepanjang zaman mengikut panduan kitab al-Quran, kitab mukjizat yang tidak boleh dibatalkan prinsipnya dan konsep agama Allah yang sebenar. Berbeza daripada kitab-kitab terdahulu yang boleh diubah, kerana al-Quran dijanjikan pemeliharaannya oleh Allah melalui firman-Nya:
إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ ٩
“Sesungguhnya, Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” [Surah al-Hijr: 9]
Sehinggakan, al-Quran dijadikan rujukan terpenting dalam penggubalan undang-undang antarabangsa termasuk yang berkait dengan perdamaian dan peperangan. Namun, dirosakkan oleh Yahudi Zionis yang berjaya mempengaruhi kesesatannya ke dalam kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat dan sekutunya.
Hal ini bagi menyambung konsep penjajahan untuk menguasai dunia yang diperjuangkan oleh Yahudi Zionis yang menguar-uarkan kononnya mereka bangsa termulia dan manusia yang sebenar. Adapun bangsa lain adalah spesies Goyem (binatang berupa manusia seperti monyet) yang disebarkan melalui teori tokoh berbangsa Yahudi, Charles Darwin.
Allah menegaskan kejadian manusia yang sebenar melalui firman-Nya:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا ١
“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri (Adam AS), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawwa’ AS); dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya, kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya, Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” [Surah al-Nisa’: 1]
Firman Allah SWT:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya, Kami telah menciptakan kamu daripada kalangan lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu saling berkenal-kenalan (bermasyarakat). Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mengenal.” [Surah al-Hujurat: 13]
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 10 Jumada al-Akhirah 1447 / 1 Disember 2025
[Bil: 82 / 2025]



























