Naib Presiden PAS Datuk Mahfudz Omar berkata, ucaputama Ketua Dewan Pemuda PAS Ustaz Nasaruddin Hassan dan ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu tidak langsung mempedulikan teriakan dan tohmahan yang dilemparkan.
Sebaliknya, kata beliau, ia mengutamakan fokus menghadapi pilihanraya yang menawarkan reformasi pembangunan serta idealisma yang diimpikan rakyat Malaysia.
“saya fikir ucapan hari ini sangat baik dan langsung tidak mempedulikan teriakan-teriakan di kiri kanan yang kononnya PA perlu kembali kepada perjuangan asal dan sebagainya,
“tetapi melihat ke hadapan….maknanya ucapan hari ini adalah ucapang ‘looking forward’ persoalan yang sedang dihadapi oleh masyarakat Malaysia untuk pembaharuan dan perubahan masa depan politik negara,”ujarnya.
Beliau yang juga Ali Parlimen Pokok Sena berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Muktamar tersebut yang diadakan di Dewan Jubli Emas, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam di sini pada Rabu malam 14 November.
Beliau menambah, ucapan Ketua Pemuda dan Timbalan residen PAS itu juga melihatkan kematangan berpolitik pemimpin PAS yang tidak mudah terperangkap dengan agenda ‘musuh PAS’.
Menurutnya, Umno dan Barisan Naional khususnya menjadikan media arus perdana sebagai senjata ‘perang psikologi’ yang cuba mempengaruhi pemikiran para perwakilan ke muktamar kali ini.
“Ucaputama Ketua Dewan Pemuda satu ‘signal’ (isyararat) supaya mereka (para pemuda) harus fokus kepada pilihanraya kerana ia perlukan kepada satu persiapan ‘momentum akhir’ memasuki ‘gear lima’,
“ucapan itu langsung tidak mengendahkan persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh media arus perdana,”tegasnya.
Menjawab soalan wartawan tentang kononnya bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang mungkin tidak hadir ke muktamar kali ini, beliau menjawab tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut.
Beliau sebaliknya berkata, adalah satu kerugian kepada mana-mana ahli PAS yang tidak hadir kerana Muktamar PAS adalah satu acara yang menajdi tumpuan ramai termauk media arus perdana.
“saya tidak tahu apa (atau) dari mana sumber maklumat, dan saya tak tahu siapa yang hadir dan siapa yang tidak hadir….tetapi kepada saya sesuatu yang amat baik bahawa Muktamar PAS sentiasa mendapat fokus kepada semua pihak termasuk (dari) media arus perdana,
“media perdana pun nak hadir e Muktamar PAS….jadi amat malang kalau ahli PAS yidak hadir ke muktamar PAS,”tambahnya.