Perancis ‘Benam” Uruguay Di Peringkat Suku Akhir

1304

Nizhny Novgorod – Pada peringkat suku akhir Perancis benam Uruguay 2-0 bagi menentukan ke separuh akhir pada piala dunia, 6 Julai 2018

Pembukaan gol Perancis yang pertama, dengan hasil sepakan percuma yang di hadiahkan pengadil buat Perancis apabila di kasari oleh pemain Uruguay, Antoine Griezmann melakukan sepakan percuma itu berjaya di tanduk oleh Rapael Varane minit 40’.

Kesilapan penjaga gol Uruguay untuk menempis bola keluar tetapi bola melantung masuk ke gawang gol dengan hasil tendangan kencang di luar kotak penalti oleh Antoine Griezmann pada minit 62.

Dengan keputusan 2-0 melayakkan perancis mara ke peringkat separuh akhir. Uruguay terpaksa akur dengan keputusan walaupun mereka beraksi dengan cemerlang.