Penyertaan Eizlan Melenyapkan Fitnah

332

Penyertaan pelakon terkemuka, Datuk Seri Eizlan Yusof ke dalam PAS akan mengguatkan akar umbi PAS dan juga akan melenyapkan berita fitnah yang kononnya parti itu anti hiburan ataupun anti artis.

Pengarah Filem Murali Abdullah berkata, beliau kenal Eizlan sejak tahun 1995 apabila mengarahkan drama ‘Jaguh-jaguh’ yang dibintangi oleh pelakon tersebut.

“Dulu dia pelakon ‘Jaguh-jaguh’ arahan saya. Drama bersiri sukan badminton . ‘Shoot’ pada tahun 1995, masa itu dia panggil saya ‘boss’.

“Kini dia sudah pun bergelar Datuk tetapi dia masih panggil saya Boss!,” jelas Murali pada tulisan beliau di media sosialnya.

Menurutnya, Eizlan adalah seorang yang baik selain bijak dalam bidang perniagaan dan mahir dalam perakaunan.

“Eizlan yang saya kenal dulu rajin bersolat, dia seorang yang rendah diri, bijak dalam ‘bisness’ dan akaun. Sudah lama saya tak ketemu dia,

“Kini dia adalah seorang ahli politik, Alhamdullilah dia telah memilih Parti PAS. Datuk Eizlan Yusof jauh berbeza dengan ‘beruk sarkas daripada PH yang naik basikal di dalam pejabat kerajaan,” sindir Murali.