KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyatakan sokongan penuh terhadap langkah Kerajaan Terengganu menuntut hak ke atas tanah seluas 13,686.57 hektar yang diusahakan Felda/ FGV sebagai ladang komersial sejak 1985.
Ketua DPPNT, Ustaz Muhamad Hamdi Dato’ Harun, berkata ia selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik dan kepentingan jangka panjang rakyat.
“Sebagai pentadbir kepada aset negeri, kerajaan mempunyai tanggungjawab memastikan setiap hasil dan manfaat daripada tanah milik rakyat Terengganu dikembalikan kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau menegaskan, tuntutan tersebut tidak melibatkan para peneroka, sekali gus menepis kebimbangan sesetengah pihak yang mungkin salah faham mengenai kedudukan tanah berkenaan.
Menurutnya, sekiranya ladang komersial itu diuruskan melalui GLC milik kerajaan negeri, manfaat ekonominya dapat dinikmati secara lebih menyeluruh oleh rakyat.
“ia bukan sahaja berpotensi membuka peluang pekerjaan kepada anak muda Terengganu, tetapi juga membolehkan kerajaan menyalurkan keuntungan kembali kepada rakyat melalui pelbagai program pembangunan, kebajikan dan pemerkasaan ekonomi,” jelasnya.
Pemuda kata Hamdi, turut melihat langkah itu sebagai bukti komitmen kerajaan negeri dalam memelihara hak rakyat serta memastikan sumber negeri dimanfaatkan secara optimum demi kesejahteraan rakyat Terengganu.
“Tindakan ini wajar bagi membela hak rakyat dan menjamin masa depan negeri melalui pengurusan aset yang lebih strategik dan berdaya saing,” tambahnya.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa proses berkenaan tidak melibatkan tanah peneroka, sebaliknya hanya tertumpu kepada ladang komersial milik neger





























