Pemuda PAS Kota Putra Menang Bergaya

316

Oleh : Tengku Mohd Nuriman

BESUT – Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putra, Besut menang bergaya mengalahkan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Besut dengan empat jaringan tanpa balas dalam satu perlawanan persahabatan.

Walaupun begitu Ketuanya, Abdul Hashim Ab Aziz berkata perlawanan tersebut bukan hendak cari pemenang, tetapi untuk memupuk kasih-sayang dan ukkhuwah diantara ahli parti.

“Kita nak keluar peluh, bukan nak cari gaduh, gaduh hanya menambah musuh, kalau bergaduh sekalipun, bukan hadiah pertandingan 20 Juta, tidak padan dengan dosa” katanya tersenyum.

Beliau berkata demikian selepas perlawanan di Padang Bola Tok Has di sini pada Isnin, 14 Februari lalu.

Manakala Ketua JAM Besut, Mohd Luqman Hakim Hashim berkata kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan yang amat tinggi.

“Sempat pula bergurau senda penuh kemesraan diatas padang tanpa sebarang kekasaran dan ketegangan,” katanya ketika dihubungi semalam.