Pemimpin Hamas Ditangkap, Khalid Mashaal Diterima ‘Hangat’ Di Afrika Selatan

1708

Pasukan keselamatan Israel telah menahan Hassan Yusef, salah seorang tokoh utama Hamas di Tebing Barat yang dijajah, dalam serbuan berhampiran Ramallah, kelmarin Isnin 19 Oktober.

Screenshot_2015-10-21-09-05-58Pihak tentera Israel berkata Hassan ditahan oleh pasukan perkhidmatan keselamatan Shin Bet bersama pihaknya.

“Pada malam itu, pihak tentera dan Shin Bet [perkhidmatan keselamatan] menangkap Hassan Yusef, seorang pemimpin Hamas, di Beitunia, barat daya Ramallah,” menurut kenyataan tentera berkata pada hari Selasa.

Bercakap kepada Al Jazeera dari Semenanjung Gaza, jurucakap Hamas Ghazi al-Hamad berkata tangkapan Hassan Yusef adalah ‘sebahagian daripada penindasan Israel ke atas rakyat Palestin’.

“Ia direka untuk mengekang Palestin dari menentang penjajahan Israel. Rejim Israel cuba untuk memberi tekanan kepada Hamas dan rakyat Palestin yang lain dalam usaha untuk menamatkan Intifadah (kebangkitan) di Palestin,” kata Hamad.
Hassan Yusef sebelum ini pernah ditangkap beberapa kali oleh pihak berkuasa Israel, bermula dari tahun 1993, dan menjadi pemimpin hadapan dalam Intifadah kedua yang bermula pada tahun 2000.

Hassan Yusef ditahanPada tahun 2005, beliau telah dicalonkan untuk mewakili Hamas dalam pilihan raya sebagai calon yang tanpa hadir kerana beliau dalam penjara.

Satu delegasi kanan dari Gerakan Kebangkitan Islam, Hamas, tiba di Afrika Selatan untuk lawatan rasmi bersejarah pada hari Ahad. Rombongan diberi sambutan pernah berlaku sebelum ini yang segera marah Israel.

Sementara itu beberapa kumpulan kanan mengecam tindakan berterusan Israel menangkap dan melakukan keganasan terhada rakyat Palestin.

Antaranya adalah warga Israel sendiri yang melihat kacau bilau tidak henti-henti berlaku di wolayah yang dijajah Isarel dan dalam negara Israel sendiri.

Pada Isnin sahaja, seramai lapan orang warga Palestintelah ditangkap kerana menyertai deminstrasi bantahan di Ummu al-Fahim, sebuah bandar warga Palestin di utara Israel.

Khalid Mashaal Jacob JumaDalam perkembangan lain, ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal bersama delegasi kumpulan itu telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma.

Delegasi Hamas termasuk Mousa Abu Marzouk dan Muhammad Nazzal. Menurut media, mereka akan menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan di tengah-tengah Cape Town pada hari Rabu dan Meshaal dijangka berucap di parlimen Afrika Selatan.

Afrika Selatan adalah salah satu daripada negara utama dunia dalam memerangi perkauman dan kezaliman.

Tokoh kulit hitam Presiden Nelson Mandela telah menghabiskan masa hampir tiga dekad dipenjarakan menentang rejim Apartheid Afrika Selatan yang mempunyai hubungan sangat dekat dengan Israel sebelum ia ditumbangkan oleh rakyat.

Israel yang marah tentang lawatan itu telah memanggil Duta Afrika Selatan untuk mentakan bantahan atas sambutan hangat yang diberikan kepada kepimpinan Hamas.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Israel, pihaknya ‘marah dan terkejut’ serta menyatakan rasa ‘kecewa’ kepada Duta Besar Afrika Selatan itu dan menuduh kononnya Afrika Selatan menyokong ‘keganasan’.

“Lawatan ini menyediakan sokongan untuk keganasan, dan mengabaikan pendirian masyarakat antarabangsa yang menganggap Hamas sebagai pertubuhan pengganas.”menurut kenyataan Kementerian Luar Israel.