Oleh : Adib Zain
Kembara Tarbawi bersama Tuan Guru Presiden diteruskan bagi kali ke lima dalam kalendar aktiviti Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan (LTP) Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) yang dijadualkan akan berlangsung pada Jumaat dan Sabtu 31hb Julai – 1hb Ogos 2015.


Kelab yang bernaung dibawah Terengganu Adventure Group (TAG) ini telah banyak menjalankan kerja kerja kebajikan dab bantuan sukarelawan bilamana Terengganu dilanda musibah, bencana alam dan sebagainya. Kemuncak bantuan sukarelawan mereka adalah ketika datangnya musim tengkujuh pada setiap penghujung tahun.
Program tahunan ini mula menarik minat orang ramai bilamana pasukan sukarelawan pacuan empat roda dari seluruh negeri yang bergerak atas nama kelab masing-masing mengikut daerah dilihat terkehadapan dalam membantu mangsa banjir yang kebelakangan ini Terengganu dilihat menerima ujian banjir besar hampir setiap tahun.
Penampilan Kelab-kelab pacuan empat roda ini sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan mangsa banjir disamping meringankan bebanan pihak berkuasa dalam membantu mereka yang ditimpa musibah. Kolaborasi TAG bersama NGO dari seluruh negara juga dapat dilihat dalam kerja kerja amal sebelum ini.
Kembara Tarbawi kali ini memperlihatkan penyertaan seramai 157 buah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dengan penyertaan dari seluruh daerah dalam negeri Terengganu. Sementara itu, persiapan di Besut sedang giat dijalankan dan jangkaan pelancaran perasmian Kelab 4×4 Besut dijadualkan akan disempurnakan oleh Tuan Guru Presiden dengan gimik perasmian pastinya akan menarik perhatian umum.


Sejurus selepas Pelancaran kelab Evergreen, semua peserta akan bertolak kelokasi perkhemahan di Jeram Lepar Hulu Sayap dimana pelbagai aktiviti yang telah disusun menanti peserta – peserta. Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, selaku Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan negeri Terengganu dijadualkan akan bersama-sama dari awal program dan akan merasmikan penutupan program pada keesokannya.
Bersama mendoakan agar program akan berjalan lancar sebagaimana dijadualkan!
***Wan Mohd Adib Wan Zain adalah aktivis sukan lasak, Pengerusi kepada gabungan kelab-kelab pacuan empat roda, Terengganu Adventure Group (TAG).



























