Oleh : DMS
KUALA TERENGGANU – Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) mensasarkan sekurang-kurangnya satu piala untuk dibawa pulang ke negeri ini, pada musim ‘Liga Super 2019’ yang akan membuka tirainya pada Februari nanti.
Timbalan Presidennya, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim yakin Terengganu Footbal Club (TFC) bukanlah pasukan yang lemah dan mudah menyerah kalah.
“target (sasaran) kami tentunya untuk mengungguli cabaran dalam persaingan liga. Kami sedar ia tidak mudah dengan persediaan pasukan lawan yang juga hebat.
“Insha-Allah, kita berjuang hingga mencapai kemenangan.” ujarnya ketika dihubungi pada Ahad, 20 Januari.
Oleh itu menurutnya, bagi mempertautkan hubungan antara penyokong bola sepak Terengganu secara keseluruhannya terhadap TFC, sesi memperkenalkan pemain, jersi dan pasukan dengan slogan “Black & White Day” akan diadakan pada 26 Januari ini di Stadium Tertutup Gong Badak.
Sehubungan itu, kata beliau, segala persiapan dan promosi sedang berjalan lancar bagi menjayakan hjari bersejarah itu, sejak 10 hari yang lalu.
Katanya, ia akan bermula seawal 7.30 pagi dengan pelbagai aktiviti seperti TFC Fun Ride, E-Sport Corner, Futsalista 3 on 3, Penalti King dan Black and White Booth yang menyajikan pameran dan jualan barangan bolasepak untuk penyokong yang hadir.
“penyokong TFC juga berpeluang menonton tayangan filem berkenaan bola sepak sambil berehat di ruang lobi stadium tertutup bermula jam 9.00 pagi,
“sebelum acara kemuncak memperkenalkan pemain dan jersi pasukan diadakan pada sebelah malamnya,” tambah beliau