Paul Pogba Pamir Gambar Umrah Di Laman Sosial

2836

Pemain bola sepak paling mahal di dunia Paul Pogba dilihat begitu berbangga menyiarkan gambarnya menunaikan umrah di masjid al-haram.

Beliau melakukan ibadat tersebut, selepas beberapa hari sebelumnya, beliau membantu Manchester United memenangi perlawanan akhir Liga Eropah.

Beliau turut merakamkan gambarnya di hadapan Ka’bah, dan menyiarkannya dalam laman sosial.

“satu perkara yang paling indah yang saya lihat dalam hidup saya,”

“Ramadan Kareem bon Ramadan #makkah #blessed”, tulis Pogba, 24, yang turut memuatnaik gambarnya melakukan tawaf mengelilingi Kaabah.

Pada 22 Mei, seorang pengebom berani mati di Manchester Arena membunuh 22 orang semasa konsert.

Dua hari kemudian, Pogba menjaringkan salah satu daripada dua gol yang mendorong Manchester United dengan kemenangan 2 – 0 ke atas Ajax dalam perlawanan akhir Liga Eropah.

“Kami bermain untuk orang-orang yang meninggal dunia,” kata Pogba kepada agensi BT Sport.

Pemain tengah itu dipindahkan lebih daripada £ 89.3 juta ($ 114 juta) pada bulan Ogos 2016 dari kelab Itali, Juventus.