Pasukan bola sepak Selangor; Pemuda PAS zahirkan kebimbangan

3018

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menganggap pelaporan berkenaan pasukan Selangor hampir terpaksa melepaskan beberapa tonggak utama kepada pasukan lain ekoran tidak cukup penajaan untuk musim akan datang sebagai episod sedih dan malang bagi perkembangan agenda bolasepak negeri Selangor.

Menurut Timbalan Ketuanya Mohd Sany Hamzan, Amri Yahyah, Norazlan Razali, Mahalli Jasuli dan Asraruddin Putra Omar adalah antara nama-nama besar tonggak skuad Selangor yang dilaporkan cuba dipikat oleh Kelab Johor Darul Takzim dengan tawaran gaji yang cukup lumayan.

Mohd.-Sany-Hamzan Kataya, Selain itu kelab Felda United juga cuba untuk menarik minat beberapa pemain Selangor dengan tawaran gaji yang lebih baik berbanding Selangor. (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/8angkatkaki_/Article)

“(kita) sifatkan kegagalan pihak penaja terutamanya MBI (Menteri Besar Incorporated) untuk menyalurkan penajaan yang lebih baik akan menyebabkan pemain-pemain senior dan berbakat Selangor berhijrah kepada pasukan yang akan menawarkan imbuhan yang lebih,

“sehingga menyebabkan pasukan Selangor yang pernah menjadi gergasi bolasepak negara suatu ketika dahulu menjadi lesu dan tidak bermaya,”ujar Sany dalam kenyataannya kepada piahk media.

Beliau berkata, pihakya amat memahami kaedah berhemah dan berjimat cermat yang cuba diterapkan oleh kerajaan negeri Selangor di dalam setiap aspek pengurusan perbelanjaan negeri dan anak-anak syarikat kerajaan negeri tetapi pengurusan bolasepak memang memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi.

Namun, menurut beliau, pelaburan dalam sukan itu boleh memberikan pulangan yang besar kepada negeri sekiranya diuruskan dengan telus dan baik.

Katanya, peminat setia pasukan Selangor pasti akan kecewa sekiranya pemai utama tidak lagi bermain degan skuad itu kerana terpaksa berhijrah kepada pasukan lain disebabkan faktor kewangan.

“negeri dan pihak-pihak penaja perlu faham bahawa bolasepak adalah sukan teras utama yang menjadi kegemaran dan kegilaan rakyat di seluruh negara dan tidak terkecuali rakyat negeri Selangor. Para penyokong fanatik bolasepak berada di mana-mana sahaja.

“Selangor sebagai sebuah pasukan yang mempunyai sejarah bolasepak yang cukup hebat turut mempunyai penyokong fanatik daripada pelbagai usia umur. Mereka inilah yang telah melahirkan sokongan yang tidak berbelah bagi semenjak dari zaman kegemilangan sehinggalah kepada zaman sekarang.

“Para penyokong setia ini pastinya akan hancur dan remuk hati mereka sekiranya melihat pemain-pemain utama skuad Selangor seorang demi seorang meninggalkan skuad Selangor kerana terpaksa berhijrah ke pasukan lain disebabkan faktor kewangan,”jelasnya.

Justeru kata beliau, sebagai sebuah negeri yang dianugerahkan dengan sumber kewangan yang cukup baik, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan kerajaan negeri melihat perkembangan isu ini dengan serius dan janganlah disia-siakan sokongan dan dokongan penyokong dan peminat bolasepak Selangor selama ini.