Pasar Payang; Satu Sisi Sepi

347

Pasar Kedai Payang bertukar menjadi satu sisi sepi di bandar raya ini, berbanding ‘hiruk pikuk’ kesibukan penjual dan pengunjung yang aktif sebelum ini.

Situasi itu berlaku setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara kecuali negeri Sarawak, termasuk di Darul Iman, bermula 22 Januari hingga 4 Februari 2021.

Walaupun agak sedih, namun para peniaga menerima keadaan tersebut dengan reda, demi untuk keselamatan dan kebaikan rakyat seluruhnya.

Seorang pengusaha, Wan Maimunah Wan Ismail berkata, “Sebab PKP, Dok leh buat apa, saja je saya nak tunjuk suasana pasar,” kata beliau yang menghantar dua keeping gambar kepada buletinonline.

Menurutnya, pihak Persatuan Penjaja juga tidak mempunyai apa-apa cadangan dan menunggu sehingga tempoh PKP tamat.