PAS Terengganu Sertai Misi Kemanusiaan Pelarian Syria Di Turki

2067

Alhamdulillah, buat kesekian kalinya PAS dapat memainkan peranan di pentas antarabangsa dengan menghantar 10 orang wakil dalam misi kemanusiaan membantu pelarian Syria yang sedang menderita akibat perang yang tiada penghujungnya dalam suasana musim sejuk sekarang ini

Kami difahamkan ada lebih kurang 60,000 mangsa pelarian Syria di bandar Hatay ini sahaja yang sebahagiannya dibenarkan oleh kerajaan Turki untuk bekerja secara sambilan. Sementara di dalam wilayah Syria ada dua juta orang pelarian Syria yang menjadi mangsa perang yang sangat lapar dan kesejukan dan mengharapkan pertolongan dari masyarakat antarabangsa. Disinilah PAS turut sama berperanan sebagai sebuah gerakan Islam di pentas antarabangsa.

Misi kali ini menurutnya mendapat kerjasama yang baik dari sebuah NGO terkenal dij Turki iaitu CANSUYU yang mempunyai berpuluh cawangan di seluruh Turki. NGO ini bernaung di bawah Parti Sa’adat yang terkenal dengan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.

CANSUYU menjadikan kami sebagai tetamunya sepanjang misi ini dan menguruskan proses pembelian, pembungkusan dan penghantaran barang-barang untuk mangsa pelarian. CANSUYU juga terlibat mengadakan sekolah khusus untuk kanak-kanak dan remaja pelarian Syria yang terbiar.

Misi Kemanusiaan Pelarian Syria di Turki diketuai oleh Haji Mohd Adram Musa, Bendahari PASRelief Malaysia. Turut sama wakil dari MAPIM dan Yayasan al-Kubra.

Sebanyak USD42,000 berjaya dikumpulkan oleh PASRelief, MAPIM, Yayasan al-Kubra dan Iman Care hasil sumbangan orang ramai. Dengan duit inilah di antara lainnya kita telah membeli 1200 paket makanan dan 1,000 helai selimut untuk dibahagi-bahagikan kepada mangsa pelarian.

Oleh kerana pada hari pertama misi ada masalah teknikal, kami tidak sempat ke Kem Penempatan Sementara pelarian Syria di Raihanli. Oleh itu pihak CANSUYU mengatur lawatan ke sekolah yang dimaksudkan di sekitar bandar Hatay di mana beratus-beratus pelarian mendapat menfaat secara percuma. Sedikit imbuhan diberi kepada tenaga pengajar hasil sumbangan orang ramai dan sebahagian besar mereka adalah dari kalangan pelarian yang berpendidikan tinggi.

Haji Yahaya Ali
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu