PAS Miliki ‘Senjata Politik’

308

KUALA TERENGGANU – PAS mempunyai pelbagai isu politik sebagai bom dan peluru akan dilepaskan satu persatu untuk mengalahkan musuh menjelang Pilihanraya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata PAS menyimpan beberapa isu buat masa ini sebagai strategi politik termasuk isu kelulusan tanah kepada Pertubuhan isteri Wakil Rakyat dan Bekas Isteri Wakil Rakyat PAS Terengganu (Khairun Nisa’) dan Ko-Khidmat di negeri tersebut.

“Itu (isu kelulusan tanah) strategi yang mana strategi tidak boleh diceritakan kepada orang lain,” katanya ketika ditanya pemberita selepas Majlis Perasmian Sidang Meja Bulat Mahasiswa Kebangsaan Berkait Polisi dan Governans di Tingkat U2 Wisma Darul Iman di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, PAS mempunyai pelbagai strategi pilihan raya berdepan dengan kemungkinan serangan musuh namun parti itu tidak perlu menceritakan stratergi itu kepada umum kerana ia disifatkan sebagai senjata parti itu bagi melemahkan dan mengalahkan musuh politiknya.

“PAS ada banyak peluru dan bom (senjata Politik) akan dilepas dan digunakan bila tiba masanya,” ujar beliau.