PAS Hampir Menang Di DUN Air Putih

360

Oleh : Wan Hadi

KEMAMAN – Calon PAS/PN Mohd Hafiz Adam hampir menang tanpa bertanding pada proses penamaan Dewan Undangan NEGERI (DUN) N32 Air Putih apabila didapayi beberapa dokumen dari calon Barisan Nasional (BN) tidak lengkap.

Walau bagaimanapun ianya dapat diselesaikan oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihanraya Ahmad Nazwawi Harun yang dilantik di Pusat Penamaan Calon di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman pada hari ini 29 Julai.

Sekitar jam 8.46 pagi calon dari PAS tiba di pusat penamaan tersebut bersama mantan ADUN Air Putih, Cikgu Razak Ibrahim sebagai pencadang dan Ahmad Dasuki Mohd Tahir sebagai penyokong disambut oleh pegawai pengurus pusat tersebut.

Setelah pendaftaran permohonan calon ditutup pada jam 10 pagi, hanya 2 calon sahaja diumumkan yang menghantar borang lengkap dan bertanding pada kerusi tersebut iaitu Mohd Hafiz Adam mewakili parti PAS manakala BN diwakili oleh Dr. Mohd Zaki Salleh.

Kehadiran penyokong PAS yang hadir diperarakan calon tersebut dianggarkan berjumlah satu ribu orang manakala di pihak BN dianggarkan seramai 500 orang.

Data terkini bagi pengundi N32 Air Putih yang diterima seramai 43,826 di 14 Pusat Daerah Mengundi.