PAS Dungun Calonkan Ustaz Wan Hassan

203

KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Dungun mencalonkan Yang Dipertuanya, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat bagi sesi 2021-2023.

Ketua Penerangan PAS, Naraza Muda berkata, keputusan sebulat suara itu diambil dalam Mesyuarat Pertama AJK PAS Dungun pada 19 Oktober.

“PAS Kawasan Dungun juga berpendapat, sudah sampai masanya Ustaz Wan Hassan di ketengahkan membarisi kepimpinan di peringkat Pusat dengan cadangan sebulat suara dari Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Dungun,” ujarnya.

Naraza berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Menurutnya, Ustaz Wan Hassan yang sudah menyandang jawatan Yang Di Pertua PAS Kawasan Dungun hampir 21 tahun dan dua penggal sebagai Ahli Parlimen Dungun sehingga sekarang.

“Sudah sewajarnya, dengan pengalaman beliau, buah fikiran beliau diperlukan untuk menguatkan lagi PAS yang di peringkat Pusat,” katanya.