Oleh ; Amirul Aizab
MARANG – PAS akan mengambil alih tampuk kepimpinan Perikatan Nasional (PN) dan mesyuarat memutuskan Pengerusinya akan dibuat dalam masa terdekat
Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, PAS memiliki ramai calon Untuk mengisi jawatan utama PN, setelah Tan Sri Muhyiddin mengundurkan diri.
“Kita akan bincang dalam mesyuarat PN, Masih Ada anggotanya, dalam masa terdekat, selepas kita bincang dalam mesyuarat PAS, mungkin minggu depan,
“Saya ni dalam keadaan uzur tapi dalam PAS ramai, dalam kalangan ahli politik ada, kalangan teknokrat ada, kita bincang lah,” jelasnya kepada media selepas kuliah Dhuha di Masjid Rusila pagi ini.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PN menegaskan hubungan antara PAS dan BERSATU masih baik, macam biasa bahkan dengan Umno.
“Di peringkat parti masih baik. Dengan Bersatu, dengan Umno pun baik. Insya-Allah kita nak satukan orang Melayu, orang Islam, dan nak satukan orang bukan Islam yang tidak ekstrem. Itu agenda kita.” jelas beliau lagi.




























