Pakar-pakar telah memberi amaran dunia harus memandang serius, ancaman Presiden AS Donald Trump terhadap Greenland, susulan campur tangan ketenteraan di Venezuela, penculikan Maduro.
Penyelidik Universiti Fraser Valley di Kanada, Mark Kersten berkata, risiko serangan AS ke atas Greenland adalah nyata dan harus dianggap sebagai kebimbangan segera oleh masyarakat antarabangsa.
Beliau menekankan pendekatan hubungan antarabangsa Trump jelas mencabar asas undang-undang sejagat.
“Kekaguman Trump terhadap penjajahan Ukraine oleh Presiden Rusia Vladimir Putin, sokongan untuk tindakan Israel di Tebing Barat,
“dan ancaman terhadap Greenland dan juga Kanada harus dilihat sebagai peristiwa yang saling berkaitan dan bukannya terpencil.” katanya.
Menurut Kersten, dipetik agensi Anadolu, Trump melihat sebarang bentuk kelemahan sebagai peluang untuk mengeksploitasi dan menguasai sesuatu negara.
“Itu menjadikannya penting bagi negara-negara untuk bertindak balas dengan sokongan kolektif yang jelas untuk kedaulatan undang-undang.” tambah Kersten.
Penyelidik kanan di Institut Pengajian Antarabangsa Denmark (DIIS), Rasmus Sinding Sondergaard menyatakan, pendapat umum di Copenhagen tentang kemungkinan serangan AS ke atas Greenland masih rendah.
Namun begitu, menurutnya, kemungkinan Tindakan melulu Trump tidak boleh diketepikan sepenuhnya.
“mengimbas kembali seruan EU untuk menghormati undang-undang antarabangsa di Venezuela dan menekankan bahawa ini adalah reaksi minimum yang dijangkakan.
“menunjukkan perpecahan dalaman antara negara-negara Eropah tentang cara bertindak balas terhadap penggunaan kekerasan oleh AS tanpa justifikasi undang-undang” jelasnya.
Manakala Naib Presiden Institut Quincy, Trita Parsi, mengkritik pendirian Eropah Dan mendakwa bahawa kebanyakan negara Eropah telah pun meninggalkan komitmen mereka terhadap undang-undang antarabangsa,
“terutamanya yang jelas dalam pengendalian krisis Gaza, gagal mengecam sepenuhnya pelanggaran Israel yang jelas.”menurut Tinta Parsi yang menambah, sikap pasif pemimpin EU akhirnya boleh memakan diri.
Beliau mencadangkan jika Trump meneruskan usaha untuk menyerang Greenland, banyak negara di Selatan Global mungkin akan bertindak balas terhadap Eropah.
Pada pandangannya, Eropah akan menghadapi akibat daripada tindakannya sendiri yang tidak bertindak.
Trump berulang kali menegaskan bahawa Greenland harus berada di bawah kawalan AS, menyifatkannya sebagai keperluan strategik dan aset kritikal untuk mempertahankan dunia bebas.
Kenyataannya telah mendapat kritikan daripada pemimpin Greenland dan antarabangsa.
Dalam salah satu kenyataan terbarunya, Trump menggambarkan Greenland sebagai lokasi yang sangat strategik dan mendakwa ia kini dikelilingi oleh kapal Rusia dan China.
Sebagai tindak balas, Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen berkata ungkapan minat Trump yang berulang kali terhadap Greenland mesti diambil serius sambil menggesa presiden AS untuk “menghentikan ancaman tersebut.”
Beliau menambah bahawa jika AS melancarkan serangan ketenteraan ke atas negara NATO yang lain, ia akan menamatkan segala-galanya, termasuk keselamatan yang telah wujud sejak Perang Dunia Kedua.
Sehari selepas operasi ketenteraan AS di Venezuela yang menawan Presiden Nicolas Maduro pada hari Sabtu, Trump memperbaharui seruannya untuk pengambilalihan Greenland demi kepentingan “keselamatan negara.”
“Kita memerlukan Greenland, dari sudut keselamatan negara, dan Denmark tidak akan dapat melakukannya,” katanya ketika ditanya tentang sebarang tindakan AS yang berpotensi terhadap Greenland.
Greenland ialah wilayah autonomi dalam Kerajaan Denmark dan telah berulang kali menolak cadangan yang mencadangkan sebarang pemindahan kedaulatan kepada AS.
Perdana Menteri Greenland Jens-Frederik Nielsen berkata mereka ingin mengekalkan dialog dengan AS melalui saluran diplomatik yang sesuai.




























