PAHAT Tolak Tuduhan Umno

1134

Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu, Haji Muhyiddin Abd Rashid berkata, ia sekali gus diharapkan menjawab tuduhan pihak tertentu, terutamanya Umno yang selama ini sekadar beranggapan PAS hanya tahu membangkang segala yang dilakukan kerajaan sahaja.

“Selama ini, tuduhan dan cakap-cakap di kedai kopi sering mengatakan Pas sebuah parti pembangkang yang tiada kerja lain, selain membangkang, sedangkan hakikat sebenarnya kita (PAS) juga turut melakukan macam-macam aktiviti.

“Pelancaran Pahat hari ini (kelmarin), diharapkan menjadi satu lagi bukti menunjukkan tuduhan serta cakap-cakap kedai kopi itu sebenarnya tidak betul. Diharapkan juga, ia membuka mata pihak yang selama ini sering melemparkan tuduhan,” katanya.

Malah menurutnya, melalui penubuhan kelab pacuan empat roda PAS itu juga, ia dilihat lebih ke hadapan dan melalui ‘roadshow’ yang dilakukan, ia secara tidak langsung dapat dekatkan diri dengan rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kelab Pahat 4×4 di sini, pada Jumaat 18 Mei.

Perasmian disempurnakan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 150 pacuan empat roda pelbagai jenis, disertai peserta Kembara Tarbawi ke Gunung Gajah Terom, Sungai Tersat yang memulakan perjalanan daripada Rusila, Marang.

Muhyiddin juga berkata, penubuhan kelab 4×4 sedemikian juga mampu menarik satu golongan yang meminati aktiviti lasak untuk berkumpul selain melatih kekuatan mental serta fizikal setiap ahli.

“Diharapkan juga jawatankuasa PAHAT ini lebih bergerak aktif selepas ini dalam usaha menambah keanggotaan dan dalam konteks ini, ia dilihat mempunyai potensi besar memandangkan rata-rata pekebun di Hulu Terengganu ini pasti mempunyai kenderaan jenis pacuan empat roda,” katanya

http://www.youtube.com/watch?v=mbvvwEWD-Qw