Nazri Sahut Cabaran Salehuddin Debat Isu Royalti

1590

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/11/malaysian-water.jpg“tarikh akan ditentukan untuk debat itu. Saya boleh pada bia-bila masa dan dimana saja, “kata Nazri, di lobi Parlimen hari ini Selasa, 17 November, menyahut cabaran Salahuddin

Sebelumnya, Salahuddin yang juga anggota Parlimen Kubang Keria mencabar Nazri berdebat mengenai isu royalty minyak yang ditukar menjadi wang ehsan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Dalam ucapan penggulungannya, Nazri tetap menyatakan Kelantan tidak berhak atas royalti minyak kerana pengeluaran minyak di luar pantai, lebih daripada tiga batu notika.

Salahuddin ketika mencelah ucapan Nazri , mengulangi cabarannya terhadap Nazri kerana katanya Nazri menyelewengkan banyak fakta berhubung isu tersebut.

“Saya berdiri di sini mewakili rakyat Kelantan mencabar Yang Berhormat mewakili Perdana Menteri berani atau tidak ita berdebat di luar dewan, di Kota Bharu, atau di Kuala Lumpur untuk kita beritahu rakyat rakyat apa sebenarnya yang berlaku di sebalik pembohongan ini,” katanya.