‘Nak Elak Benda-benda Luar Merosakkan, Kena Pakai Kelambu,”kata Bob Lokman

3057

KEMAMAN – “Saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka,”kata Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman seorang pelakon, pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal di Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan borang keahliannya kepada al-marhum mantan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, 19 Februari 2011.

IMG-20160219-WA0070Tahun ini, genap lima tahun penulis lirik ‘lagu berhantu’ terkenal Isabela nyanyian Amy Search, bersama kerja-kerja politik dan dakwah, bahkan terus beristiqamah, berceloteh memberi nasihat dan berceramah, memberikan kesedaran khususnya kepada ana-anak muda.

Bob meninggalkan terus dunia ‘glamour’ penuh dengan gemerlapan lampu-lampu pentas dana cahaya pancaran kegemilangan ketika dia bertindak meninggalkan ‘dunia sebagai anak seni’.

“Baru jumpa Tok Guru, berbincang bagaimana nak jadikan seni ini bermanfaat…….menjadi medium kepada dakwah,”kata Bob.

Dia sebenarnya tidak pernah berpisah daripada berkarya, cuma ia berbeza dari ‘end product’ yang dihasilkannya sebelum ini.

“sebabnya tak pakai kelambu…….kelambu ni pula kena tahan……kalau kena api tak terbakar……..yang kita duk buat hari ni, yang PAS duk buat hari ni…..PAS nak buat Generasi ke……,

IMG-20160219-WA0073“saya duk fikir nak buat macamana nak menjadikan seni tu sebagai satu medium dakwah……..duk buat tuntuk perasaan TPPA, tunjuk perasaan GST,

“ini semua adalah sebagai ‘protection’ atau kawalan, supaya semua benda-benda dari luar tak masuk merosakkan kita,”ujarnya bila ditanya, bagaimana mahu mengawal pengaruh asing masuk ke dalam kawasan Felda.

Bob berkata demikian ketika bersama program Sembang Santai di Felda Kerteh 1, sempena pelancaran NG Generasi pada Jumaat 19 Februari lalu.

Program tersebut yang di pengrerusikan oleh Ketua Pemuda PAS Ustaz Kamaruzaman Abdullah turut disertai pelawak yang semakin berjinak-jinak dengan PAS ‘Mr.Os’.

Ikuti rakaman slot akhir uacapan Bob Lokman dalam majlis tersebut yang berkebetulan hari yang sama adalah ulang tahun kelima beliau bersama PAS.

https://youtu.be/wBY05F1S9PM