Muslimat Terengganu Tampil Bantu Ringankan Beban Mangsa Banjir Kelantan

361

KUALA TERENGGANU – Menyedari tidak sedikit kemusnahan yang ditanggung mangsa banjir di Kelantan, Muslimat Terengganu tampil membantu memulihkan daripada krisis tersebut.

Naib Ketuanya, Zuraida Md Noor yang amat bersimpati berkata Misi bantuan Banjir Untukmu Kelantan yang dianjurkan oleh Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu memberikan bantuan yang signifikan kepada mangsa banjir.

” Misi ini menunjukkan komitmen dalam menyokong mangsa banjir dan membantu mereka pulih dari krisis tersebut,” katanya.

Beliau yang juga pengarah misi berkata demikian ketika dihubungi di sini mengulas program yang telah diadakan pada 18 Disember.

Bantuan disampaikan kepada dua kawasan yang terjejas teruk iaitu Tumpat dan Rantau Panjang menerusi kepada Ahli Parlimen masing-masing, Dato Mumtaz Mat Nawi(Tumpat) manakala Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff untuk Kawasan Rantau Panjang.

Rombongan juga turut mengadakan kunjungan hormat Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Negeri Kelantan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.

Menurutnya, Muslimat Terengganu telah menyalurkan Bantuan Asas Harian yang berupa barang dapur yang bernilai hampir RM30,000 kepada golongan yang terjejas ini.

“Sumbangan Kewangan dan Kebajikan, DMPNT dan peserta menghulurkan sumbangan berjumlah RM35,000 untuk pelbagai inisiatif kebajikan, termasuk membaik pulih rumah, peralatan dan menyampaikan sumbangan kepada golongan mangsa banjir.

” Misi bantuan ini melibatkan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial, DMPNT dan Dewan Muslimat PAS Kawasan- Kawasan.,

” Seramai 85 orang yang terdiri muslimat-muslimat dan Ameerah daripada lapan kawasan di Terengganu dengan melibatkan 22 kenderaan telah menjayakan misi berkenaan. ” ujarnya.