

Ketuanya, Safinah Jusoh berkata, pihaknya turut gembira dengan perkembangan itu yang membuktikan kemampuan dan keupayaan calon wanita diiktiraf parti.
(Gambar – dua muslimat PAS dari Terengganu mengiringi Kak Ani di DUN Muara Tuang)
Dari segi potensi kemenangan, beliau tidak bimbang kerana menganggap faktor gender bukan alasan parti menang atau kalah, sebaliknya mereka memikul tanggungjawab sama untuk menarik sokongan pengundi dan bekerja untuk memenangkan parti serta Pakatan Rakyat (PR).
“Calon wanita atau lelaki sama sahaja dan mereka dipilih kerana boleh memberi kemenangan kepada parti.
“Kita juga melihat calon Pas yang diletakkan di lima DUN ada potensi menang tidak kira sama ada calon wanita atau lelaki,” katanya.
Sementara itu, katanya, jentera parti dari kalangan Muslimat di negeri ini juga turun membantu kemenangan calon di DUN di negeri Sarawak yang mempunyai calon pembangkang, sambil memberitahu pihaknya tidak mengehadkan jumlah ahli yang ingin ke sana.




























