Muaythai SUKMA; Terengganu Sasar Dua Emas.

2075

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Terengganu mensasarkan dua pingat emas untuk acara sukan muaythai di Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19 yang akan berlangsung pada 12 hingga 22 September di negeri Perak.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Cikgu Alias Harun berkata, sesi latihan sedang giat dijalankan samada diadakan di dalam negara dan juga luar negara.

“Latihan di beberapa tempat salah satunya di Phuket, Thailand”, katanya.

Cikgu Alias yang telah dilantik sebagai bapa angkat sukan muaythai di Majlis Watikah Perlantikan Bapa Angkat Sukan-Sukan SUKMA 19 Perak 2018 bertempat di Ruang Legar Tingkat U2, Wisma Darul Iman pada Rabu, 1 Ogos.

“Dengan melantik bapa angkat supaya bapa bapa angkat ini memberi motivasi, semangat dan dorongan kepada atlet-atlet ini( yang bertanding)”, katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang itumenambah, atlet-atlet yang mewakili negeri, seramai enam wanita dan sembilan lelaki yang terdiri sebahagiannya daripada pelajar.

“Mereka ini juga diberi pendedahan dengan menyertai pelbagai pertandingan di dalam dan juga luar negara”, ujarnya.

Beliau turut melahirkan harapan agar pasukan sukan muaythai berjaya memperolehi lebih daripada sasaran emas memandangkan tunjuk ajar berterusan daripada jurulatih serta kesungguhan para atlet tersebut.