Oleh : Syaiful Mustafa
KUALA TERENGGANU – TFC tebus kekalahan dan misi membalas dendam pada PKNP di laman sendiri apabila menundukkan pasukan lawan 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 9 Jun.
Pada separuh masa pertama Pasukan TFC gagal membuka sebarang jaringan dan memberi peluang kepada pasukan TFC membuka jaringan pertama pada separuh masa ke dua.
Tuah telah membuahkan dua hasil gol menerusi pemain Kipre Tchetche pada minit 68’ dan Lee tuck pada minit 71’ dengan hasil jaringan ini dapat membantu TFC mengutip mata tiga mata penuh.
PKNP tidak berputus asa dan terus mengasak pertahanan TFC hingga dapat menembusi gawang gol TFC meperolehi gol yang di jaringkan oleh Kim Sangwoo.
Dengan kemenangan yang bermakna ini dapat menamatkan rentetan dua kekalahan sebelum ini dan misi mengutip tiga mata tercapai serta menduduki tempat ke lima dalam carta.