Masyarakat Latino Islam Buka Pusat Islam di Amerika Syarikat

1352

Sebuah pertubuhan bukan keuntungan ‘IslaminSpanish’ akan membuka sebuah pusat di Houston yang akan membantu mendidik masyarakat Latin mengenai Islam.

Setelah membuat banyak pertimbangan, mereka mengambil keputusan untuk membina masjid pernah berbahasa Latin yang pertama di Amerika Syarikat.

Pusat tersebut mempunyai keluasan kira-kira 5000 kaki persegi, sebuah kompleks mini yang termasuk didalamnya sebuah masjid, muzium, ruang tamu, bilik pameran maklumat, dewan serba guna, dan sebuah studio pengeluaran seni yang bertujuan untuk menyiarkan secara langsung program dalam bahasa Latin.

Fletcher“hati yang mengilhamkan ‘IslamInSpanish’ telah bertindak balas kepada keperluan untuk maklumat mengenai Islam dalam bahasa Latin,”kata Ketua Pegawai Eksekutif Jaimie Mujahid Fletcher, seorang rakyat Amerika berasal dari Colombia yang mengasaskan organisasi tersebut.

“Keluarga saya mempunyai banyak soalan apabila saya menjadi Muslim. Ini adalah sesuatu yang asing kepada banyak Latin. “tambahnya.

Selepas beliau memeluk Islam dan untuk membantu bapanya memahami agama Islam dalam bahasa Latin, namun tidak ada buku atau bahan audio, lalu Fletcher, yang mempunyai latar belakang dalam bidang multimedia dan filem mula menghasilkan audio dan menterjemahkan buku-buku mengenai Islam.

Apa yang bermula sebagai satu CD dicipta untuk mendidik keluarga Fletcher dan ibunya, seorang isteri yang ragu-ragu tentang Islam, bertukar menjadi usaha yang telah melihat beliau mengedarkan buku ‘audio’ merentasi Amerika Syarikat.

Tidak lama kemudian, Fletcher dijemput untuk berucap pada satu persidangan di universiti, dan pelbagai tempat-tempat lain.

‘IslamInSpanish’ kemudian mula mempunyai acara mereka sendiri dan mula mengadakan pertemuan dengan beratus orang berbahasa Latin yang benar-benar berminat dan ingin tahu tentang Islam.

Islam in spanish1“Kami mewujudkan satu identiti baru. Ia adalah satu cabang kebudayaan secara literal, Islam Latino,” kata Fletcher yang menyedari ia adalah masa untuk mewujudkan pusat untuk semua orang dalam masyarakat bagi memenuhi keperluan mereka.

Kekurangan bahan-bahan dan masjid berbahasa Latin menyukarkan masyarakat Latino Amerika untuk benar-benar belajar tentang agama Islam.

“Terdapat keperluan yang besar untuk membina pusat ini, Kami meminta masyarakat jika mereka merasakan yang kami perlukan tempat dan semua orang mengangkat tangan mereka dan berkata ‘Ya’.

“Untuk mualaf Latino, ramai daripada mereka berasa terasing daripada keluarga mereka yang mungkin membuatkan berfikir untuk meninggalkan budaya mereka kerana menjadi Muslim dan juga di masjid-masjid di mana majoriti orang bercakap bahasa Arab,”jelasnya

Tetapi menurutnya, pusat yang akan dibina tidak hanya terdiri daripada sebuah masjid, ia juga akan menampilkan pameran mengenai sejarah Islam di Latin Amerika, bersama-sama dengan studio pengeluaran di mana mereka akan menyiarkan rancangan dalam program ‘streaming’ berbahasa Latin.

Katanya, mereka yang tidak dapat melawat pusat itu akan dapat mengakses maklumat secara langsung dalam talian.

https://youtu.be/QAjfUWmenBI

sumber: vivala.com