Masjid UK Buka Pintu Kepada ‘Gelandangan’

2160
Masjid Makki di Manchester adalah antara beberapa masjid yang mengalu-alukan tempat tinggal kepada gelandangan

Beberapa buah masjid di United Kingdom (UK) dan Ireland ’membuka pintu’ kepada mereka yang tiada tempat tinggal apabila cuaca sejuk terus menggigit, dengan suhu berlegar di bawah sifar darjah.

Kebimbangan terhadap mereka yang mungkin terdedah dengan sejuk melampau meningkat pada hari Jumaat apabila Pejabat Meteorologi mengeluarkan isyarat merah untuk salji, tahap amaran tertinggi bagi kawasan barat daya England dan Wales selatan.

Amaran kuning di seluruh UK pada hari Jumaat dan hujung minggu ini, dengan jangkaan ribut Emma akan membawa salji berat dan angin kencang.

“Suhu sangat teruk, jadi kami fikir, ‘Kenapa kita tidak melakukan sesuatu untuk membantu?'” kata Rabnawaz Akbar, seorang pemegang amanah Masjid Makki di bandar utara Manchester.

Sepanjang dua hari yang lalu, sekumpulan sukarelawan telah berkhemah di tempat ibadat, menyediakan makanan dan tempat tinggal kepada ‘gelandangan’ di bandar itu.

gelandangan tidur dalam salji

Masjid ini juga menawarkan kemudahan pancuran mandian kepada mereka yang mencari tempat tinggal.

Kebanyakan masjid ini terletak di kawasan yang didiami oleh penduduk asal Asia Selatan, makanan yang ditawarkan termasuk hidangan tradisional Bangladesh dan Pakistan seperti beras dan ayam yang dipanggang.

Laporan media menyatakan, gejala ketiadaan rumah semakin berkembang di Manchester.

“Langkah-langkah berjimat (kerajaan) sejak lapan tahun lalu menyebabkan perkhidmatan sokongan yang diperlukan oleh orang ramai tidak ada lagi,”

“Ini menyebabkan orang-orang ‘gelandangan’ tidur merata tempat, penyelesaiannya bukan hanya memberikan mereka tempat berteduh,

”sebahagian daripada mereka mempunyai masalah kesihatan mental, mereka adalah mangsa keganasan rumah tangga, penagih dadah atau pendatang yang tidak berdokumen, mereka tidak mempunyai akses kepada dana awam,

“Untuk memastikan mereka tidak tinggalan dijalanan, mereka memerlukan perkhidmatan sokongan di sekitar mereka, bukan sahaja memberi mereka tempat untuk bermalam untuk satu malam,” ujar beliau

Malangnya kata Rabnawaz, disebabkan pemotongan bajet di pihak berkuasa tempatan, majlis perbandara mempunyai sumber dana bagi mengongkosi gelandangan itu.

Jamie adalah antara beberapa orang gelandangan yang tidur di sebuah masjid di UK

Seorang lelaki yang tidak mempunyai rumah, Jamie adalah antara empat orang yang tidur di masjid Makki pada petang Khamis.

“Saya (seorang) penagih (dadah), saya tidak pernah (masuk) dan berada di masjid sepanjang hidup saya,

“Saya sedang berfikir sama ada untuk mendapatkan heroin atau ‘crack’, bai saya melalui malam (yang dingin) Ketika saya berfikir, seorang lelaki datang dan berkata, ‘Anda kehilangan tempat tinggal, adakah anda suka bermalam di masjid? ‘

“Mereka membuat saya merasa sangat dialu-alukan, memberi saya makan, minum, sesuatu yang tidak dapat diberikan oleh majlis perbandaran kepada kita.” kata beliau.

Sebaliknya, kata Jamie, media sering menggambarkan masjid secara negatif.

Masjid Besar Leeds, Masjid Oldham, Masjid Finsbury Park, Masjid Canterbury dan Masjid Clonskeagh Dublin, yang merupakan sebahagian daripada Pusat Kebudayaan Islam Ireland, telah membuka pintu kepada mereka yang tiada tempat tinggal.

Menurut kerajaan, kira-kira 5,000 orang dijumpai tidur merata tempat pada malam-malam musim luruh tahun lalu, lebih daripada dua kali ganda jumlah tahun 2010.

Satu laporan NGO berkaitan menyatakan, jumlah gelandangan semasa sekitar 8,000 orang dan akan meningkat kepada 15,000 menjelang 2026, jika tiada perubahan dasar. – sumber AJE