Maraton Pertama Untuk Wanita Arab Saudi

1765

Wanita di Arab Saudi mengambil bahagian dalam acara larian maraton pada hari Sabtu untuk pertama kalinya dalam sejarah kerajaan.

Maraton sejauh tiga kilometer berlangsung di wilayah timur Al-Ahsa.

“Al-Ahsa Runs” adalah gelaran yang digunakan untuk maraton itu, yang disertai oleh 1,500 wanita dalam kategori yang berbeza seperti profesional, amatur, tua dan muda.

Larian tersebut telah ditaja oleh Direktorat Jeneral Sukan Saudi, Hospital al-Moosa dan wilayah Al-Ahsa.

Mizna al-Nassar dari Arab Saudi memenangi medal tempat pertama di maraton tersebut, meninggalkan pesaingnya dari pelbagai negara.