Terengganu, Malaysia
Berita

Lebih 800 Kilo Daging Jamu Fastaqim

kuda fastaqim

(Gambar atas – Dua ekor Kuda dipasang bendera PAS, bersedia untuk diguna bagi menjayakan program Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal Kuala Nerus)

KUALA NERUS – Lebih 800 kilogram daging lembu di peruntukkan untuk makanan petugas Fastaqim 2.0, Hijau Menuju Kemenangan yang sedang berlangsung di Pantai Tok Jembal,Kuala Nerus,Terengganu.

Menurut Ahli Jawatankuasa Perbekalan Abu Bakar Awang, daging diterima dari seluruh PAS Kawasan bagi menjamu semua petugas unit-unit,tetamu khas program serta sekarelawan yang menjalankan tugas bagi menjayakan Fastaqim kali ini.

Lebih 800 Kilo Daging Jamu Fastaqim“bagi petugas penyedian makanan ini kita mempunyai lebih 200 orang petugas untuk penyedian dan selenggaraan menjamu petugas.

“Kita telah bermula pada Jumaat malam lagi dengan menyiang daging seterusnya hingga selesai program,” katanya ketika di temui pagi tadi semasa penyedian untuk makan tengahhari petugas.

Makanan disediakan sebanyak kali sehari meliputi makan pagi, tengahhari dan malam telah di peruntukkan bagi semua petugas yang akan berakhir pada malam Ahad nanti.

Lebih 800 Kilo Daging Jamu Fastaqim

Keseluruhan persiapan selesai menjelang tengahari dan para pengunjung dari seluruh negara beransur-ansur tiba.

Mereka datang dengan menggunakan pelbagai kenderaan dan mengeluarkan wang belanja sendiri untuk memeriahkan sambutan besar PAS.

Sebelum itu pada Khamis 28 September, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang turut melawat tapak orogram menemui para petugas yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut.

Lebih 800 Kilo Daging Jamu FastaqimBeliau disambut oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Dr. Haji Alias Razak dan beberapa orang pimpinan PAS Negeri Terengganu.

Tuan Guru Presiden PAS pada keseluruhannya berpuashati dengan persiapan yang dibuat oleh PAS Terengganu sebagai Tuan Rumah.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan