Lebih 300 Peminat Meriahkan Piala YB Bukit Payong

2151

Lebih 300 orang peminat bolasepak di sekitar Bukit Payong telah hadir memeriahkan kejohanan bolasepak 9 sebelah Piala Adun Bukit Payong bagi sesi 2015 berakhir semalam Sabtu.

Kejohanan bolasepak ini adalah salah satu kalendar tahunan bagi Pemuda Dun Bukit Payong dan menjadi tempat berkumpul perminat-peminat sukan bolasepak saban tahun bagi menyaksikan aksi hebat dari bakat-bakat pemuda.

_DSC0553Kejohanan yang diadakan di Padang Bola Kampung Surau Haji Mat Zin itu menyaksikan penyertaan sebanyak 30 buah pasukan yang didaftarkan melalui setiap cawangan-cawangan yang berdaftar di dalam Dun Bukit Payong namun ianya terbuka kepada semua walaupun ahli Umno.

Menurut pengarah kejohanan saudara Rahim Razali pasukan yang bertanding pada tahun ini bertambah sebanyak enam pasukan berbanding 24 tahun lalu.

“Kita menerima penyertaan yang menggalakkan daripada cawangan-cawangan.

Peningkatan sebanyak enam lagi penyertaan membuktikan kejohanan ini berjaya menarik anak-anak muda untuk tidak menjadi pemain kampungan biasa tetapi membuka peluang kepada mereka menonjolkan bakat mereka”, kata beliau.

Kejohanan tahunan ini telah dijalankan secara liga selama 2 hari dan kalah mati pada peringkat suku akhir serta menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM2000 berserta medal dan piala pusingan kepada pemenang.

Juara pada kejohanan tahun ini dimenanggi oleh  Cawangan Kampung Laut C dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM700 medal serta piala pusingan mengalahkan Surau Haji Mat Zin C dalam penentuan sepakan penalti setelah terikat 0-0 setelah tamat masa permainan yang membawa pulang RM500 dan medal.

_DSC0513Bagi tempat ketiga dan keempat pula diisi oleh pasukan SENA RENDANG A dan SURAU PANJANG B

Majlis penyampaian hadiah dan ucapan penutup kejohanan disempurnakan oleh YB Adun Bukit Payong yang turut turun padang walaupun dalam keadaan tidak sihat bagi tidak menghampakan para peserta.

Dalam pesanan beliau kepada para peserta, beliau menegaskan walaupun dalam keadaan susah dan terhimpit dengan bebanan kewangan, Pas berusaha sedaya upaya bagi menggembirakan golongan muda melalui sukan sebegini.

Tambah beliau lagi, aktiviti sukan seperti ini insyaAllah akan dipertingkatkan lagi sekiranya rakyat memberikan kepercayaan kepada Pas untuk mentadbir.

Keempat-empat pasukan ini akan ke peringkat kawasan bagi merebut piala Ahli Parlimen Marang yang dijangka akan berlangsung pada awal bulan 10 nanti.