Kursus Jenazah Lahirkan 60 Pelapis Muslimat Berkemahiran

394

KUALA TERENGGANU — Kursus Pengurusan Jenazah adalah usaha penting Muslimat, lahirkan 60 pelapis menangani kekurangan tenaga mahir dan mengelakkan kebergantungan komuniti kepada individu tertentu sahaja.

Ketua Dewan Muslimat PAS DUN Air Putih, Hajah Rosuzah Mohd Jusoh berkata, program tersebut bertujuan memperkasa muslimat agar bertanggungjawab dan dapat melaksanakan amanah ‘fardhu kifayah’ dengan betul dan berterusan.

Menurut beliau, kursus itu memberi penekanan kepada aspek praktikal meliputi tatacara memandikan, mengkafankan Dan solat serta pengurusan jenazah mengikut syariat.

“selain daripada untuk melahirkan lebih ramai muslimat berkemahiran, program ini juga bagi menghidupkan kesedaran bahawa tanggungjawab fardu kifayah,
.
“membina keyakinan peserta untuk melaksanakannya dengan tepat. bukan sekadar teori, sebaliknya dipraktikkan dengan yakin dan betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini mengulas kursus tersebut yang diadakan Pada Khamis 8hb Januari, di Masjid Kampung Pasir Gajah, Air Putih.

Beliau bersyukur kerana sambutan terhadap kursus itu amat menggalakkan dengan penyertaan daripada Pelbagai peringkat aktivis, Muslimat, Ameerah dan orang ramai.

Sehubungan itu, beliau berharap program seumpama ini dapat diteruskan secara berkala untuk melahirkan pelapis di setiap qariah, sekali gus memperkukuh peranan Muslimat sebagai barisan hadapan dalam khidmat kebajikan ummah.

Selain itu, program itu juga, kata beliau, berperanan membina masyarakat yang bukan sahaja cakna terhadap ibadah peribadi, malah memahami tanggungjawab sosial dalam Islam.

“Antara pengisian teras kursus ialah pengenalan hukum fardu kifayah dan dalil pengurusan jenazah, tatacara memandikan jenazah secara teori dan demonstrasi, serta cara mengkafankan jenazah mengikut sunnah.

“Peserta juga didedahkan dengan pengurusan solat jenazah, adab dan etika ketika mengurus kematian serta sesi soal jawab melibatkan kes-kes semasa seperti jenazah penyakit berjangkit, kemalangan dan wanita hamil,” katanya.

Beliau turut menegaskan kepentingan penguasaan ilmu fardu kifayah dalam masyarakat kerana kematian boleh berlaku pada bila-bila masa dan pengurusan jenazah tidak boleh ditangguhkan.

“Jika tiada pihak yang mampu melaksanakannya, seluruh komuniti akan menanggung dosa.

“Selain mengelakkan kesilapan dari sudut syariat, pengurusan jenazah yang betul juga berperanan memelihara maruah si mati dan mengeratkan semangat kebersamaan ummah,” tambah beliau lagi.