Kunjungan Ke Shah Alam Mengundang Padah

1342

Oleh : Syaiful Mustafa

Kunjungan Terengganu FC (TFC) ke Shah Alam mengundang padah serta terpaksa akur dengan kekalahan 4-0 kepada PKNS FC.

Pembukaan gol pertama dihasilkan oleh Bruno Matos pada minit 16 apabila pengadil memberikan sepakan penalti diatas kekasaran pemain pertahanan TFC pemain PKNS.

TFC terus di asak sehingga PKNS menambah jaringan dengan hantaran tendangan sudut berjaya di tanduk Zac Anderson pada minit 38.

Akibat kecuaian pemain pertahanan TFC yang tidak berada di posisi yang betul, Jefri Chew yang mencuri peluang berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit 66 dan gol keempat pada minit 79 yang dijaringkan oleh Bruno Matos

“Kesilapan pemain pemain amat mengecewakan saya dan kesilapan paling bodoh membuatkan saya hilang tumpuan,

“dan menyerahkan tugasnya pada pembantu kerana PKNS dapat menjaringkan gol dengan begitu mudah,” kata Ketua jurulatih TFC Irfan Bakti